Assalamualaikum..
Kekal Hidup Bersama Covid 19 Sebagai Endemik | Seperti tiada tanda untuk kes menurun bawah angka 5000 apatah lagi nak mencapai angka sifar. Biasa selalu dengar pandemik. Apa maksud ENDEMIK ni?
Definisi : (éndémik) penyakit yg sentiasa terdapat pd orang atau daerah tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Kuala Lumpur: Bermula di Wuhan, China pada Disember 2019, jangkitan Covid-19 menular hampir ke semua negara termasuk Malaysia dan mendekati dua tahun, "serangan" virus itu tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda dengan angka korban terkini melebihi empat juta orang di seluruh dunia.
Kemunculan varian baharu yang lebih agresif menyukarkan lagi usaha sistem kesihatan negara terjejas menangani pandemik itu, dan di sebalik penemuan vaksin, rekod di seluruh dunia menunjukkan mereka yang divaksinasi masih boleh dijangkiti Covid-19, cuma tanpa simptom yang teruk.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dan dipersetujui majoriti pakar kesihatan, baru-baru ini menyatakan Covid-19 berkemungkinan besar menjadi endemik iaitu kekal dan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kita seperti selesema. Persoalannya, bersediakah kita untuk "hidup" bersama virus yang setakat semalam telah meragut 8,201 nyawa di negara ini?
Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Am, Dr Hanafiah Bashirun berkata, mahu tidak mahu perkara itu berkemungkinan besar menjadi hakikat yang perlu diterima rakyat negara ini.
"Kita dapati hanya beberapa negara sahaja yang merekodkan kes sifar dalam tempoh dua minggu berturut-turut mutakhir ini, sekali gus membuktikan negara-negara di seluruh dunia akan menerima Covid-19 sebagai sebahagian kehidupan, seperti influenza (H1N1) yang tercetus pada 2009 dan kemudian menjadi endemik," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata apabila bertukar status kepada endemik, kes baharu tidak perlu lagi dimaklumkan kepada orang awam, namun rakyat perlu mengambil langkah berjaga-jaga secara berterusan termasuk mematuhi tiga prosedur operasi standard (SOP), iaitu penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan kerap membasuh tangan.
Paling utama, pastikan diri divaksinasi, katanya yang yakin vaksinasi dan pematuhan tiga SOP adalah kunci untuk membendung virus itu.
Katanya, selepas menjadi endemik, individu yang mempunyai simptom ringan seperti selesema akan dianggap sebagai selesema biasa dan tidak lagi dirujuk ke hospital melainkan pesakit menunjukkan gejala lebih berat seperti sukar bernafas.
Menurutnya pesakit juga tidak lagi akan diasingkan sebaliknya dirawat seperti jangkitan virus biasa.
Bagaimanapun katanya pengisytiharan Covid-19 sebagai endemik bergantung pada keputusan WHO yang akan membuat penelitian selepas suatu tempoh.
"Untuk mengisytiharkan Covid-19 ini sebagai endemik sebenarnya tidak bergantung pada kes kematian atau kes harian sesebuah negara selaina tidak ada faktor yang betul-betul spesifik untuk meletakkan ia sebagai endemik.
"Cuma, apa yang boleh kita harapkan sementara menunggu ia sebagai endemik, program vaksinasi terus berjalan sebab dengan kadar vaksinasi yang tinggi juga kita dapat menjalani rutin kehidupan harian seperti biasa, selain berharap penemuan ubat antivirus sebagai alternatif rawatan sekiranya dijangkiti,'' katanya.
Terdahulu, Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood menyarankan pihak berkuasa menjadikan suntikan vaksin Covid-19 sebagai vaksinasi tahunan seperti yang dilakukan di Eropah bagi mengekang flu atau selesema bermusim.
Pada masa ini, penularan Covid-19 masih berstatus pandemik yang diisytiharkan oleh WHO pada 11 Mac 2020. - Sumber : Harian Metro
DEFINISI ENDEMIK, PANDEMIK DAN EPIDEMIK
P/S: Takut betul tengok kes sekarang dan jika benar covid-19 akan bertukar status endemik nak keluar nanti pun takut sebab tak pasti selamat ke tidak walaupun kita amalkan SOP dengan jangkitan yang terlalu mudah dan cepat merebak serta boleh membawa maut.
9 Comment for "Kekal Hidup Bersama Covid 19 Sebagai Endemik ? "
Klu btul dh jd endemik ermm nmpk gaya nya mmg kita akan duduk rumah je la seumur hidup..
Kalau betul la bagai yang diberitakan...memang x bleh lari la..hidup kita seharian setiap hari penuh dengan SOP...nak migrate mana- mana pun semua tempat x selamat kan
bila tgk statistik kematian, sejarah kesihatan pesakit ramai yg ada darah tinggi dan diabetic, bertambah tambah la risaunya
Harap2 berkesan la vaksin yang kita semua dapat ni. Tak sanggup dah berkurung macam ni. Kalau dah jadi endamik kesian anak² kecil genearsi baru ni. Tak de kebebasn..
Kalau dah bertukar dari pandemik ke endemik, memang selamanya bersama covid19. Memang tak boleh hidup macam sebelum ni lah, bebas tanpa mask. Terkurung aje dalam rumah.
Sedihnya, hidup dah tak bebas macam dulu...
boleh cakap yg setiap ceruk tempat dan kampung dah ada dah kes covid ni T_T
Tak boleh nak bayangkan apa akan jadi di masa akan datang... huhuuu
Harapnya lepas proses vaksinasi berjaya turunkan kes. Semoga ada keajaiban covid pupus dari muka bumi. Aaaminnn
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)