Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Masak Lemak Putih Wajib Makan Dengan Sambal

 Assalamualaikum... 

Masak Lemak Putih Wajib Makan Dengan Sambal | Hari ni lunch masak simple je. Semalam ada balance sambal udang dan sambal telur puyuh buat nasi lemak dan hari ni aku buat kubis putih masak lemak letak suhun dan lobak je. Lepas tu goreng ikan siakap sebab nak bagi Naura makan ikan hari ni.

Selalunya kalau masak lemak putih ni memang aku akan pair dengan ikan or ayam goreng atau masak sambal. Memang padu teruk la kombinasi dua lauk ni. 

Aku dapat perkhabaran daripada mama Lurviey yang mak cik, pak cik dan cousin positive covid 19. Mak cik pula kena masuk ICU sebab oksigen dalam darah rendah but Alhamdulillah dia sedar. Cuma oksigen sahaja kurang dan tangki oksigen pula ada di ruangan ICU. Tadi dapat berita she is getting better. Harap semuanya ok ok belaka. 

Berapa hari lagi nak raya haji. Korang dah fikir apa apa persiapan ke nak sambut raya haji ni? Sepatutnya raya haji ni aku balik kampung tapi apakan daya. Semoga semua baik baik sahaja dan semoga Covid-19 ni cepatlah hilang dari muka bumi ini. Aamiin.

Tag : emovere
6 Comment for "Masak Lemak Putih Wajib Makan Dengan Sambal "

Saya biasa pair dengan ikan goreng! Sedapppnyaaaa! Dah lama tak makan.
Get well soon untuk makcik, pakcik dan cousin kak naniey, semoga cepat cepat sembuh seperti sediakala. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Tak ada persiapan pun untuk raya haji tahun ni. Nak pergi melawat keluarga pun tak boleh kan :') Apa boleh buat, semoga covid ni cepat cepatlah hilang dari dunia ini. Letihhh dahhh :(

Eh betul la kan br gu org kata.. Hehe mmg sedap lemak plus sambal.. Adoii rindu nya bak makan masakan arwah mak..

Sedap masak lemak putih. Biasa pair dengan ikan goreng garingg-garing.Ada sambal lagi sedap makan.

Semoga dipermudahkan segala urusan keluarga dan semoga cepat sembuh semuanya. Aaminnn...

Setuju! Masak lemak putih lawan dengan sambal memang ngam! Selalunya saya akan goreng ikan masin atau ikan pekasam sekali :)

Aduhai! Melihat lemak putih begini teringat air tangan Bonda! Sedapnya.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top