Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Movie Pad Man Menggamit Memori

 Assalamualaikum.. 

Movie Pad Man Menggamit Memori | Korang pernah tengok movie Pad Man tak? Lakonan Akshay Kumar sebagai Pad Man. PAD, so called tuala wanita, modes, roti kering apa lagi yang korang panggil? 

Pad Man (Akshay Kumar)  ni mengisahkan kegigihan seorang suami yang cuba mencari solusi supaya setiap kali period isteri dia tak pakai kain kotor untuk alas darah. Di sebabkan harga pad sangat mahal, maka dia pun cari lah penyelesaian dengan reka pad dengan cotton tapi tak berjaya sebab still bocor. Isteri dia malu sebab suami dia ni sibul perihal period dan masalah period ni adalah perkara yang memalukan dan menjijikkan untuk dikatakan secara terang terangan walaupun dalam kalangan keluarga sendiri. Orang kampung sampai hina Pad Man hinggalah satu hari Pad Man keluar dari kampung tu dan berhijrah ke tempat lain. Walaupun dah berhijrah dia masih belum give up untuk cari penyelesaian masalah wanita sebab harga pad mahal dan dia mahu hasilkan pad yang murah dan semua wanita boleh pakai dan mereka boleh buat aktiviti seperti biasa walaupun period serta tak perlu pakai kain kotor setiap bulan untuk lapik darah period tu. Setelah beberapa tahun, akhirnya dia berjaya dan menang Award.

Walaupun dah berjaya banyak cabaran dia nak sedarkan masyarakat tentang pad dan hygiene ni. Korang tengok la movie ni kalau belum tengok.  Bagi aku bagus sangat movie ni sebab dia tak berputus asa dan terus mencuba. Yang sedihnya dia tak dapat sokongan daripada isteri dan keluarganya sendiri. 

Kredit: Google

Bila tengok movie ni teringat zaman kanak kanak, masa tu aku darjah 3, mama suruh aku pergi beli tuala wanita kat kedai Mak Haji depan rumah. Aku ingat lagi pad tu kotak warna kuning berjenama Sanita. Lepas tu Mak Aji bungkus dengan surat khabar letak dalam plastik.

Bila sampai turn aku period masa sekolah menengah dah menggelabah nak membeli untuk diri sendiri. Masa ni, aku dah tak jumpa dah jenama Sanita ni. Yang ada brand Kotek, Laurier macam tu. Kena beli sendiri kat kedai runcit dan aku siap bawa plastik hitam kalau nak beli pad takut orang nampak. Zaman sekarang orang tak bungkus dah pad ni. Beli secara terang terangan sebab orang pun dah tahu benda macam ni memang keperluan wanita setiap bulan. Korang ada memori dengan PAD?




6 Comment for "Movie Pad Man Menggamit Memori"

hahahha k ret sempat lagi guna sanita ni masa memula dulu..
bapak tebal oiiii hahah smp sakit kat bahagian bawah dibuatnya.

Pastu pelan2 pad ni kluar jenama lain ..
lebih lembut dan nipis la sket hahah..

K ret masa memula kena mmg ar wah abah la tukang jadi mangsa belikan pad.
Dulu beli pad mesti minta balut ngak sokabar sebab malu tp skrg dah jd normal plak pad ni kan

Saya teringat waktu pertama kali saya period, time tu otw nak pergi sekolah yang ada abah je. gigih saya cari mana PAD tak jumpa, nasib abah jumpa hahaha

Sempat merasa pakai Sanita ni dulu. Memang kalau pergi beli kat kedai runcit, tuan kedai balut dengan suratkhabar sebelum masuk plastik. Lepas tu baru ada tuala wanita lain macam Carina.

masa muda remaja mmg abah yang belikan sanita untuk anak bininya...hahaha... tp bila dah pandai beli sendiri, mmg tak pakai dah sanita mak tu... keras kejung.

Sanita tu memang jenama terkenal zaman remaja dulu.

Pernah tengokkkk! Memang best tau movie ni, tak menyesal pun kalau tengokk hahaha.Tapi masa saya period, tak dan sanita ni, terus kakak belikan jenama apa tah hahaha.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top