Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Pau Kari Ayam Dan Rendang Daging Eco Shop

 Assalamualaikum... 

Pau Kari Ayam Dan Rendang Daging Eco Shop | Sebelum ni aku pernah cuba Dim Sum dan Roti Canai dari Eco Shop dan kali ni aku try Pau Eco Shop pula. Pau makan panas panas memang sedap.

Sebenarnya ada banyak jenis pau, dan aku memilih untuk rasa pau rendang daging dan juga pau kari ayam. Masa aku beli ni ada pau kelapa, pau kaya, pau lotus, pau coklat, dan pau bbq ayam. Aku pilih dua jenis ni je sebab aku nak rasa dulu.

Kat belakang packaging ada tulis kandungan dan bahan yang digunakan beserta maklumat nutrisi.

Jangan risau sebab pau ni buatan Malaysia dan ada logo halal beserta tarikh expired pau. Cara nak masak pau ni pun ada ditulis sama ada menggunakan microwave atau pun kukus. 

Aku memilih untuk kukus sebab rumah aku tak de microwave.

 
Ni pau rendang daging. Bagi aku sedap dan ada rasa rendang cukup rasa tapi korang janganlah expect rendang tu ada ketulan daging macam sesetengah pau yang korang beli dengan harga RM2.50 ++ sebiji tu. 

Ni pula pau kari ayam. Macam aku cakap tapi jangan expect ada ketulan ayam dalam tu. Tapi rasa kedua dua pau ni memang sedap. InshaAllah aku akan beli lagi nanti. 

Makanan frozen macam ni memang nak kena standy kat rumah. Senang bila makan buka plastik dan sediakan saja. Tapi tu la sekarang ni aku tak dapat nak beli makanan frozen macam ni sebab peti aku memang buat stok lauk je. Aku plan nak beli deep freezer tapi selagi belum habis PKP memang tak dapat la aku nak keluar beli. Barang elektrik macam ni lebih suka beli kat kedai, senang aku nak belek dan senang untuk kedai hantar kat rumah. 

 

P/S: Duit untuk deep freezer dah ada tapi aku risau takut habis beli benda lain kang kat shopee tu semenatara nak tunggu PKP habis. Hehe..



Tag : eco shop, food
6 Comment for "Pau Kari Ayam Dan Rendang Daging Eco Shop "

Wak kalau makan pau, suka inti yang manis seperti kaya atau kelapa

Nampak sedap la . Tapi kat eco perlis ni tak ada pulak jual makanan frozen ni

Masih berbaloi membeli tu. Lama tak makan pau. Tak pernah jumpa lagi pau rendang daging. Boleh cari kat kedai Eco Shop. Sedap lagi dikukus daripada guna microwave.

Nampak sedap la pau tu..Eco Shop kat area umah akak ni takde..tapi kat bandar maybe ada..nanti nak pi la...ada benda nak beli gak ni...

Lamanyaaa tak masuk kedai eco. Heheh. Menarik dia punya inti pun banyak

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top