Assalamualaikum...
Review Netflix Movie Yes Day | Petang semalam aku nak relax tengok movie je selepas penat basuh kain, masak, kemas rumah jadi petang aku nak relax tengok movie yang tak sarat sangat. Beginilah hidup aku selagi tak habis PKP. Matahari dah lama tak kena. Rumah aku tak kena matahari sangat. Setakat bahang matahari waktu tenghari atau petang tu rasa la.
Yes Day ni berkisarkan tentang sebuah keluarga di mana seorang ibu (Allison) sangat protective dengan 3 orang anaknya tapi bapanya (Carlos) santai je dan ikut je cadangan isterinya. Allison ni sentiasa mengatakan 'tidak' kepada anaknya hinggalah suatu hari ketika perjumpaan ibu bapa Allison dapat tahu daripada cikgu anaknya yang anaknya Katie dan Nando bagitau ibunya seorang diktator. Allison rasa dirinya sangat teruk sebab anaknya menganggap dia as bad mom . Dari sinilah dia bersetuju untuk YES DAY atas saranan kaunselor di sekolah anaknya yang tidak sengaja mendengar perbualan Allison dengan Carlos. Semasa YES DAY ni, Allison dan Carlos tak boleh katakan tidak dan perlu ikut apa sahaja kemahuan anak anaknya sepanjang tempoh 24 jam.
Korang tengok trailer kat bawah ni dulu, mesti korang rasa macam nak tengok ! Aku pun tak sengaja jumpa movie ni masa scroll movie kat Netflix dan movie ni dah release bulan Mac hari tu.
Bagi aku movie ni menarik dan penuh dengan elemen kekeluargaan. Bila tengok movie ni aku rindu nak keluar jalan jalan weh. Sumpah rindunya zaman sebelum PKP. Dalam movie ni juga as parent tak boleh la terlalu strict dengan anak anak dan menyebabkan anak tu memberontak dan merasa diri sentiasa di kongkong. Dan dalam movie ni juga as parent pun perlukan break time dan buat apa yang disukai sebelum berkahwin dan ada anak like hiking, camping or apa apa je la.
Bila sebut pasal perenting ni teringat kelas Marriage & Family Counseling masa kat uni dulu. Ada 4 jenis parenting style. Setiap orang ada parenting style masing masing. Kalau tengok dalam drama pun boleh tengok keempat empat jenis parenting style ni dan boleh tengok juga kesan atau hasil daripada parenting style tu. Melalut dah review aku. Sekian perkongsian movie kali ni. Korang tengok lah !
4 Comment for "Review Netflix Movie : Yes Day "
MACAM MENARIK CEIRTA NI
Seronok tengok movie tentang kekeluargaan ni.
hhahaha k ret pun dah tgk movie ni...
adik dia comel je... last2 yg diorang buat party sains exprimen tu mmg melathop hahaha...
Movie seterusnya untuk masuk dalam waiting list. Nampak best sebab pasal kekeluargaan.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)