Assalamualaikum..
Transfer Fee Western Union Serendah RM10 | Sebelum ni aku pernah sharing berkenaan Pembayaran Dan Kiriman Wang Menggunakan Western Union. Last year start PKP aku rasa macam susah sangat nak buat pembayaran ambil stok sebab PKP dan aku cuba cari cara untuk buat pembayaran online tapi ada banyak nak kena verify dan aku gagal buat pembayaran melalui FPX. Jadi aku kena pergi pejabat pos untuk jelaskan pembayaran wang.
Aku just isi detail di aplikasi Western Union. Pilih negara yang korang nak transfer dan masukkan amaun dan kemudian pilih kaedah pembayaran macam mana sama ada melalui FPX atau pun CASH. Transfer fee RM10 sahaja. Kemudian masukkan detail penerima, verify IC korang. Last step jangan lupa printscreen, senang nanti nak tunjuk kat kaunter.
Kemudian korang akan dapat email daripada Western Union seperti di atas ni.
Untuk transfer fee tu depend pada negara yang korang nak kirim wang tu dan juga jumlah wang. Aku guna Western Union ni untuk buat pembayaran ke Ukraine, menggunakan nilai matawang USD. Sebelum ni transfer fee aku RM52 untuk pembayaran RM300 dan RM117 untuk payment RM1000.
Tapi selepas aku guna aplikasi Western Union, aku hanya perlu bayar RM10 sahaja untuk transfer fee. Banyak betul aku bazirkan duit untuk transfer fee sebelum ni. Sebelum ni aku pergi pejabat pos dan isi form yang diberikan oleh mereka dan ambil masa untuk masukkan semua detail aku di komputer. Tetapi selepas menggunakan aplikasi WU ni masa aku lebih jimat. Aku hanya pergi ke kaunter dan tunjuk screenshot dan buat pembayaran. Selesai !
Bagi korang yang nak shopping atau transfer duit menggunakan Western Union boleh guna aplikasi WU ni dan memang jimatkan masa dan juga duit (transfer fee) korang. Bagi yang dah tau boleh share tak pembayaran melalui FPX sebab aku cuba buat tapi tak berjaya. Musim pandemik dengan kes tinggi ni memang aku tak keluar la ke pejabat pos. Haishh..
5 Comment for "Transfer Fee Western Union Serendah RM10 Dengan Aplikasi WU"
Waalaikumusalam, sangat informatif, senang rujuk bila memerlukan. Thanks for sharing..
Lagi mudah dan murah guna aplikasi terus. Dulu mungkin tak ada lagi kot Naniey. Alhamdulillah mudah kerja transfer dan boleh jimat bayar fee
Rasanya pernah guna sekali je WU ni. Tu pun dah lama. Senanglah dah ada aplikasi kan...
tak pernah lagi guna aplikasi WU
Oh lagi jimat bila pakai aplikasi! Cik TK tak pernah lagi guna WU, akan datang kalau perlu boleh pakai aplikasinya saja
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)