Assalamualaikum..
Appeton Weight Gain Untuk Tambah Berat Badan | Keyword ni kerap bermain di blog aku akhir akhir ni. Masa sekolah dulu aku ingat lagi iklan Appeton Weight Gain ni setiap kali tengok TV. Aku memang kurus kering sampai orang cakap galah, cicak kubing, bini popeye. Suka hati mulut dia je nak kutuk aku ! Time sekolah mana mampu nak beli Appeton Weight Gain ni sebab ada benda lain yang lagi penting. Kawan aku ada consume ni dan dia minum dah nak habis 2 tin pun masih tak naik berat dia.
Dah masuk kerja, ada gaji dah mampu la sikit kalau nak beli, tapi aku tak beli pun. Aku beli protein powder sebab time ni aku nak toning body walaupun kurus kering. Minum 2 kali je sebab tekak aku tak boleh terima dan aku jadi pening kepala.
Masa kurang berat badan (44kg-45kg je) |
Until aku buat meal plan untk gain weight aku sendiri. Aku follow je meal plan aku tu selama 2 bulan dan berat aku naik 11kg. Macam mendadak sangat kan naik? Walaupun naik, BMI aku masih underweight. Apa yang membuatkan aku nak gain weight sangat adalah bila berat aku mula turun. Normally berat aku 45kg tapi bila makin turun ke 43kg aku rasa tak sedap hati. Macam orang berpenyakit pula. Risau la kan! Tinggi 170cm tapi berat 43kg. Kurus kering weh ! Makan cukup je tapi berat tak naik.
Masa ni dah gain 11kgs |
Sebut pasal berat badan ni memang subjektif dan sensitif. Jadi isu berat badan ni jangan main main. Body shaming adalah jenayah ! Masing masing ada body type masing masing. Ada orang nak kuruskan badan, ada orang nak gemukkan badan, ada orang nak kecil atas tapi nak besar bawah (pinggul) dan macam macam la. Tepuk dada tanya selera korang sendiri !
Personally aku tak rasa appeton weight gain ni kurang berkesan untuk naikkan berat badan if kau consume weight gainer semata mata sebab ianya hanya makanan tambahan. Korang still kena put extra effort on cara pemakanan korang (eat more calories) dan juga exercise. Sama je dengan orang nak kurangkan berat badan dan ambil supplemen. Korang kena jaga pemakanan korang dan juga exercise. More info tentang appeton weight gain ni korang boleh baca di blog Kevin Zahri yang menerangkan lebih detail.
Sekarang BMI aku dah normal tapi aku nak kurangkan berat sebab badan dah tak fit macam dulu. Berat aku naik sebab cucuk perancang depo. Now nak turunkan pun susah sebab aku tak exercise. Kalau sebelum ni boleh joging dan jalan pusing taman tapi sekarang joging pusing dalam rumah 1ksgft ni je. Kalori dibakar pun alahai ciput sangat !
P/S: Aku nak turunkan 3kg je (back to berat masa gain 11kgs tu), but struggle is real bila mana ada makanan sedap hati mula berkata, makan je la dulu, esok baru start misi semula. Sampai kesudah tak jadi. Dari angka yang diberikan, berapa berat aku sekarang??
7 Comment for "Appeton Weight Gain Berkesan Untuk Tambah Berat Badan?"
hahaha sama la dengan saya, saya siap beli tali skipping dah , asyik cakap nak start exercise, tapi tak juga jadi 😅
Bab body shaming ni dr sekolah dh kena sampai ke menara gading hahaha tp kan lantak org nk kata apa janji sihat.
Pernah kurus kering tp sejak meningkat usia ni berat bdn pun naik
body shaming ni masa sekolah memang trend sangat kan. sabar je lah. ada juga kesan consume weight gain ni. Saya pun nak turunkan berat badan. dapatkan badan sihat dan fit pun dah bersyukur sangat.
45KG berat akak masa anak dara...masa pregg kan Dania paling berat 54kg je...hahaha...lepas bersalin turun balik ke 48KG..masa tu body cantik la..sebab akak x rendah x tinggi..tinggi 163cm..sekarang???63KG ok......hahahaha
anak bujang akak baru try satu tin
tak konsisten huhu
tapi sibuk nak naikkan berat badan dia
bukan utk mama ni.. kalau mama minum mau jadi guni ni
Pernah nak beli, tapi tak beli beli lagi hahaha.
Mahal jugak kan satu tin tuu, takut beli tapi tak ada hasil hehehe
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)