Assalamualaikum..
Frenche Roast Salted Caramel Latte | Apa apa yang berkaitan dengan salted caramel mesti aku nak cuba. Kali ni aku cuba Frenche Roast Coffee yang dibeli di Eco Shop.
Baca: Nescafe Latte Salted Caramel
Baca : Old Town White Coffee Salted Caramel
Bagi aku rasa salted caramel latte kopi Frenche Roast ni lebih terasa kopinya berbanding salted caramel itu sendiri. Bagi tekak aku kopi dia agak pekat kat tekak aku. Tak terasa pahit pahit manis masin seperti aku harapkan.
Korang yang berminat nak cuba boleh cari kat Petronas. Aku tengok harga kat Petronas lagi murah berbanding kat Eco Shop, atau boleh dapatkan di Shopee atau Lazada.
P/S: Lurviey suruh buat kuah yong tau foo hari ni. Teringin katanya. Korang masak apa dan buat apa hari ni?
7 Comment for "Frenche Roast Salted Caramel Latte "
INi mesti manis ni...
Saya pun sama, apa apa yang ada salted karamel mesti nak cuba. Untuk kopi saya pernah cuba kopi costa salted caramel iced mocha tak silap. Memang sedap. Nanti nak try yang ni pulak lah. Lama tak beli air kopi dalam tin.
salted caremel wow mesti sedappp
sedap kan air ni.
Kalau jumpa boleh cuba la .
Baru nak cuba gak bila baca salted caramel, sekali tengok ada coffee. Kena cancel sebab tak minum kopi pulak hehehe
Banyak juga range produk frenche roast ni kan...
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)