Assalamualaikum
Hati Masak Kicap Guna Rempah Mak Siti | Hari simple lunch je, ayam thai macam Khairul Aming tanpa sos, kangkung masak lemak cili api dan hati masak kicap. Siap ! Naura mommy buat sup pasta ayam lobak merah. Sejak pandai sebut sup ni request sup je sampai mommy pun dah jemu nak masak sup tapi apa boleh buat itu je dia nak makan. Masak lain diludahkan semula bila makan.
Hari ni aku masak hati ayam guna sedikit rempah Ayam Masak Kicap Mak Siti sebab serbuk rempah Mak Siti ni rasanya sangat berempah. Lurviey kurang suka dan tak boleh makan sangat rempah disebabkan Gerd tu.
Bahan Bahannya
- Hati ayam - lumur garam kunyit dan goreng (boleh goreng half cook atau garing)
- Sedikit serbuk rempah ayam masak kicap Mak Siti - anggaran 1 sudu besar dibancuh dengan sedikit air.
- Bawang putih -tumbuk
- Bawang merah - tumbuk
- Halia -tumbuk
- Kicap Manis
- Kicap Pekat/Kicap Karamel Pekat
- Sedikit kiub ayam
- Daun Limau Purut
- Sedikit lada hitam tumbuk kasar
- Sedikit minyak untuk menumis
- Sedikit air
Cara-Caranya
- Tumis bahan bertumbuk sehingga naik bau dan masukkan rempah mak siti yang telah dibancuh sedikit air.
- Masukkan kicap manis, kicap pekat -rasa dulu. Kemudian masukkan kiub ayam sikit, lada hitam tumbuk kasar. Rasa dulu ye.
- Masukkan air sikit dan hati dan daun limat purut. Gaul rata.
- Biarkan sehingga pekat kuahnya dan hingga daun limau purut layu.
- Siap ! *kalau nak pedas masukkan sedikit cili giling. (aku tak letak sebab cili giling aku habis)
Lurviey cakap rasa dah almost sama macam kat Nasi Lemak Marvellous tapi tak rasa pedas. Memang la tak rasa pedas sebab aku tak letak lada. Hehe.. Kalau pergi kat situ, kalau ada hati kicap, mesti Lurviey akan ambil hati kicap. Oh ye kalau korang suka berempah korang boleh guna serbuk rempah Mak Siti ni. Aku letak sikit je serbuk tapi rempahnya terasa betul.
P/S: Kuah Yong Tau Foo tak jadi lagi ni sebab sos tiram pula habis. Tunggu Lurviey keluar beli dulu
9 Comment for "Hati Ayam Masak Kicap Guna Rempah Mak Siti "
sedapnya
masak kicap
blh try nanti rempah ni
Nampak sedap kejadiannya
Sedap...sedap..akak suka...lama dah x makan hati ayam goreng kicap..x pun buat goreng berlad...uiiii....makan panas2...bestnyaaa
sedapnya hati ayam ni.. ya sofia dulu suka sup. memandangkan ibunya pun hantu sup. ayah nya yang jemu kena makan. haha
Subahanallah masakan yang enak..Sukur kan dapat nikmat makanan lazat..
Terima kasih sudi follow blog saa
Nampak menyelerakan . Belum pernah cuba lgi rempah keluaran mak siti
saya kalau masak rempah pun bancuh dulu dengan air. Baru senang nak menumisnya tu. Tak pernah lagi guna rempah mak siti. Nanti bolehlah cari.
Tak pernah guna lagi rempah mak siti, next time kalau ada jumpa rempah ni, boleh dipertimbangkan untuk beli.
Okey, lepas ni boleh cuba masak guna rempah Mak Siti.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)