Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Kena Panik Attack Ketika Sedang Tidur

 Assalamualaikum... 

Kena Panik Attack Ketika Sedang Tidur | Aku tengah set up tempat nak ambil gambar untuk next review produk, tiba tiba Lurviey keluar dari bilik bagitau sesak nafas. "Relax, relax, panic attack la tu". Lurviey minta air, aku pergi ambil air sambil tenangkan Lurviey supaya jangan duk gelabah sangat. Lagi gelabah lagi la jantung tu berdegup laju. Lepas minum air, relax dah ok, sambung tidur. Aku? Sambung settlekan kerja aku dulu. Selagi tak mencecah 3.30 pagi or 4 pagi memang aku tak lelap mata lagi la. Jom baca info penting kat bawah ni !

Serangan Panik (Panic Attack)

Serangan panik adalah perasaan takut yang kuat secara tiba-tiba tanpa ada sebab yang jelas. Serangan panik boleh berlaku dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Ianya boleh berlaku selama beberapa minit hingga berjam-jam lamanya.

Tanda-tanda serangan panik (panic attack). 

  1. Jantung berdebar 
  2. Rasa tercekik
  3. Berpeluh
  4. Rasa loya
  5. Rasa seperti terpisah dari realiti
  6. Tangan menggeletar
  7. Sesak nafas
  8. Pening kepala
  9. Kebas tangan
  10. Takut akan mati
  11. Takut diri hilang kawalan.

Faktor Faktor Berlaku Serangan Panik 

• Sejarah keluarga yang mempunyai anxiety disorder atau penyakit panik. 
• Tekanan yang ‘melampau’, seperti seseorang yang disayangi mengalami penyakit yang serius atau kematian.
• Pernah mengalami 'unpleasent experience' dalam kehidupan
• Pengambilan minuman tinggi kafein atau merokok yang berlebihan. 

Langkah-langkah yang perlu dibuat semasa sedang panik

• Berhenti sekejap dan cuba fikir apa penyebab panik.
• Berfikir positif dengan mengatakan ‘serangan panik ini tidak bahaya dan sekejap sahaja’.
• Bernafas perlahan-lahan secara teratur.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Panic Attack VS Anxiety Attack


Pengalaman aku berdepan dengan situasi panic attack

Aku masih ingat lagi first time Lurviey kena panic attack adalah semasa Naura kena sawan pertama kali. Kalau tak silap aku ada 7 tanda tanda serangan panik masa tu. Dapat tau pun, doktor yang terima Naura kat emergency time tu inform yang tu adalah panic attack. Lurviey parking kereta pun betul betul depan kaunter kat WCHKL tu sebab dah tak boleh drive time tu. Lurviey memang ada anxiety di sebabkan masalah gerd dan sebelum ni masa aku pregnant 7 bulan macam tu Lurviey kena warded sebab bacaan ECG menunjukkan seperti heart attack sampai kena buat angiogram la kat Hospital Serdang. Semua tu berlaku lepas makan kat kedai dan Lurviey cirit birit non stop seperti keracunan makanan. Kami pun pergi HKL sekali bacaan ECG tak cantik dan kena warded. Alhamdulillah hasil angiogram Lurviey tak de masalah jantung pun. Clear je semua. Hanya disebabkan cirit birit tu sampai membawa kena buat angiogram. an unpleasant experience for him. Gastrik dan gerd juga penyumbang kepada anxiety. Bayangkan tiba tiba je waktu malam sakit dada dan perlu pergi emergency sebab risau. Banyak kali juga aku teman Lurviey daripada sebelum beranak sampai la dah beranak. Bila check ECG, buat blood test semua ok. Then doktor cakap sakit dada tu disebabkan muscle tension. ANXIETY. Doktor bagi referral letter untuk jumpa psychiatry. Bila jumpa psychiatry, doktor tu ajar relaxation technique in case bila kena anxiety or panic attack. Anxiety attack dan Panic attack tak sama walaupun nampak seperti sama. Dulu kalau Lurviey rasa sakit dada macam muscle tension aku pun risau dan gelabah juga tapi bila doktor dah diagnose aku lebih relax sebab dah tau dah bila benda ni happen kena apply relaxation technique je la. Sama macam aku buat sesi kaunseling dengan klien aku dulu dulu.

Jadi korang kalau ada tanda tanda seperti serangan panik ni, much better jumpa doktor. Doktor akan diagnose betul ke tidak serangan panik atau korang ada penyakit lain. Sebab penyakit jantung, tiroid atau masalah pernafasan ni hampir sama seperti serangan panik juga. Jadi jumpa la doktor supaya doktor dapat tolong korang. Kalau kena refer psychiatry, pergi je. Bukan bermaksud korang ada masalah mental bila kena panic attack ni tau  ! 


P/S: Teringin nak sambung Master in Clinical Psychology tapi dah berkubur dah. Niat jauh disudut hati tu masih ada tapi tu la. Dah la tak practice macam mana nak sambung?

 


Tag : psychology
11 Comment for "Kena Panik Attack Ketika Sedang Tidur "

sedang tido pun boleh kena panic attack rupanya ye.. skrg ni penyakit mcm ni dh jd mcm sakit jantung dh... kalau org kata panic attack ke anxiety ke.. depression ke kita dh biasa dh dgr.. kalau dulu² mst org mcm blur je apakebendalah dia ckp ni.. skrg awareness mcm ni mmg penting spy org x cepat menghukum... semoga terkawal panic attack encik lurviey tu ye naniey

Betul la kdg diri sndri pun x pasti kita ni kena skit jantung, anxiety or panic order.. Lately ni k ret pun rs lain mcm jgk.. Ada la beberapa tanda tu.. Semoga yg baik2 je utk mereka yg ada penyakit2 ni

Baru tahu yang gastrik pun boleh menyumbang kepada panic attack.

berdebar mama baca. mujur juga naniey well aware dan tahu nak buat apa. ilmu dan knowledge mmg penting

Syukur Naniey ada pengalaman dan ilmu. Risau jugaklah bila panik attack datang menyerang tu tiba tiba. Tak sangka dari gastrik boleh jadi panick attack.

terima kasih berkongsi ilmu... benda ni boleh jd pd sesiapa je. jd mmg perlu kita amik tahu dan bersiap sedia

Selalu kena sebab akak pernah kena Hypertension attack..skrg ada gastrik an gerd...lagi senang cepat dapat panic attack...

Nice sharing kak naniey, nasib baik kak naniey ada ilmu pasal ni.
Takpe kak naniey, in shaa Allah one day nanti kak naniey akan sambung master jugak ;)

Terima kasih atas perkongsian maklumat ini..

Bahaya juga kan . Time2 tidur boleh kena panic attack ni . Kecemas dibuatnya

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top