Assalamualaikum..
Menyesal Guna Santan Kotak ACC | Sejak kahwin ni memang santan kotak jadi pilihan. Santan segar ada tapi macam dah campur air je. Kalau kat kampung mama mesin kelapa dan perah santan pekat elok cantik je santannya. Kalau yang aku beli kat sini berair dan tak pekat. Nak masak pun jadi tak lemak sangat.
Nak dijadikan entri ni, Lurviey beli Santan ACC ni sebab santan pilihan aku tak habis. Paling aku suka santan Kara sebab memang pekat cantik dan berlemak sedap. Selain Kara, pilihan aku santan Ayam Brand, santan M&S atau santan Rasaku. Tapi kebetulan masa suruh Lurviey beli tu semua jenis santan yang biasa beli tak de dan yang ada Santan ACC ni je.
Santan ni rupanya buatan Indonesia. Apa yang tak best bagi aku bau wangi santan terlalu kuat sampai masakan pun bau santan ni tau. Rasanya bukan kurang sedap tapi tak sedap dengan tekak aku. Tapi apa boleh buat dah beli. Desperate macam mana pun lepas ni jangan lah beli sebab tak sedap.
P/S: Buat entri ni aku rasa pening kepala sebab terbayang terbau santan tu dan paling tak best dan menyesal nak nangis, masak padang aku tak sedap !!!
11 Comment for "Menyesal Guna Santan Kotak ACC "
Ooooo... Uncle ingatkan semua sama je...
mama pun penggemar santan kara juga. best mcm santan natural
CCL jarang guns santan kotak , if nak memasak pun prefer santan fresh juga
ha k ret pun igt semua santan rasa sama je hehe rupa nya ada gak lain2 ye
Nasib baik wak banyak pokok kelapa
Tak pernah nampak lagi brand santan ni. Tak tahu pulak rasa dia berbeza. Biasa beli santan Kara, Ayam Brand, Rasaku & Adabi. Takpelah, next time jangan beli lagi.
Tak pernah try yang ni. Syu selalu pakai santan kara & M&S jer.Takpun ayam brand.Nak sedap, santan pekat beli kat kedai santan😁.
Kita ambil nota ini denagn teliti supaya tak beli juga. Kita akan stay dengan santan kara!
ye ke? thanks laa bagitau. sy jarang pakai santan kotak melainkn terpaksa. ssh mcm mn pn sy ttp cari kelapa parut walau pn tahu... mahalllll😓
Tak pernah jumpa lagi santan ni. Ni mesti bau dia kuat sampai dah macam bau minyak kelapa tu kan...
First time jumpa jenama ni, biasa pakai yang kotak biru or hijau putih tu jeeee. Eh lain lain jugak eh rasa santannya kak naniey? Ingat sama belake hehehehe
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)