Assalamualaikum..
Nasi Ayam Padu Taman Gombak | Kelmarin aku tanya Lurviey hari ni nak makan apa sebab aku nak masak dan Lurviey bagitau hari ni cuti la masak, beli makan kat luar. Kalau tapau makan untuk lunch biasanya aku prefer Kak Yah Nasi Kerabu area Taman Setapak Indah atau kat Nasi Lemak Marvellous. Tapi disebabkan PKP tak boleh rentas daerah/negeri jadi Lurviey cari area berdekatan ni je.
Untuk Naura biasanya memang nasi ayam je la jadi pilihan malangnya tempat yang selalu beli tu tutup pula. Kemudian aku bagitau Lurviey try Nasi Ayam Padu kat Taman Gombak yang jual depan rumah tu je. Alhamdulillah buka.
Nasi ayam padu dengan harga RM5 dapat free air sunquick. Memang padu sebab nasi ayam ni cukup lengkap dengan tomato, salad dan timun. Dah jarang tau jumpa nasi ayam ada tomato kalau kat restoran atau gerai biasa.Rasa nasi ayam ni sedap cuma kuah sup sedikit masin. Mungkin kebetulan masa aku beli ni termasin atau baru tambah garam dan lupa nak kacau kuah sup, aku pun tak pasti. Tapi nasi dia memang sedap dan no wonder sentiasa ada orang yang beli Nasi Ayam Padu Taman Gombak.
P/S: Aku dengan Lurviey makan apa pula? Kami beli nasi kandar tepi jalan sebab first time makan beberapa minggu lepas, sedap. Tapi kali ni beli, ayam goreng rempah dia busuk. Serik dan memang tak beli dah kat kedai ni. Baik aku beli mamak !
5 Comment for "Nasi Ayam Padu Taman Gombak "
Hahaah dulu b4 PKP, mmg kak ret pun suka bkfs kat nasi lemak marvellous...
lpeas htr uyum sek, mesti lepak2 ngan cousin kat situ..
situ dia punya roti canai pun sedap..
Nmpk sedap ns ayam padu tu.. yg ayam berempah nasik kandar tu adoi.. nasib x termuntah
Nasi ayam selalu cari kedai yg juai bihun sup jugak, mesti sup dia sedap, hoho..sedap pulak tgk nasi ayam tu..
Murah la nasi ayam RM5 sekali dengan air. Saya sekarang jemu tengok nasi ayam hahahaha sebab masa akak saya mengandung, tiap minggu beli nasi ayam >.<
Sedap nampak nasi ayam tu. Kira murah lah dapat free air sunquick. Kalau terrdapat ayam busuk tu memang tak beli dah lah.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)