Assalamualaikum...
Review Pewarna Rambut Garnier Halal Dan Telus Air | Kalau sebut pasal pewarna rambut ni sudah pastinya yang bermain di fikiran sah ke solat kalau warna rambut? Pada 2018, Garnier melancarkan rangkaian pewarna rambut yang telus air. Kalau boleh telus air maknanya boleh gunakan tanpa was was la kan? Pewarna Rambut Garnier Sah Solat.
A few month ago, aku ada beli Garnier Color Naturals. Sebelum ni, aku pernah guna brand Shurah dan ini kali pertama aku beli dan guna brand Garnier ni.
Review Garnier Color Naturals
- Full packaging akan datang dalam pek seperti di atas dan akan dapat satu krim pewarna,
activator, conditioner, sarung tangan plastik dan user manual. - Satu kotak besar ni boleh guna antara 2-3 kali bergantung kepada tebal dan panjang rambut. Aku boleh guna 3 kali dan aku memang tak guna seluruh kepala. Aku hanya apply kat kawasan yang ada uban uban sahaja.
- Harga affordable antara RM13-RM20 bergantung pada promosi yang ditawarkan. Aku beli ni di Watson Shopee dengan harga promosi RM13+ sahaja. Brand Shurah pun lebih kurang macam ni juga.
- Tiada bau yang menyengat - Garnier ni tak de bau yang menyengat seperti sesetengah brand lain. Kat kotak tulis wangi tapi aku tak bau wangi pun.
- Cara guna juga mudah - Hanya campurkan krim pewarna dan activator kemudian sapu di rambut dan biarkan selama 30minit. Siap !
- Tekstur creamy dan memudahkan untuk apply pada rambut.
- Warna tak tahan lama - Aku perasan untuk rambut aku memang sekejap je tak sampai 8 minggu pun seperti yang tertulis kat box. Dalam minggu ketiga or keempat dah boleh nampak warna mulai luntur.
- Selepas pemakaian pewarna rambut - Rambut lembut dan halus rasanya serta berkilau gitu. Aku suka effect selepas pakai ni.
- Ada logo halal - Isi logo halal ni dari dulu lagi masa brand Shurah. Seperti yang semua maklum logo halal bukan daripada Jakim Malaysia tapi daripada Majelis Ulama Indonesia.
Cara pemakaian pewarna rambut Garnier (rujuk kotak dibawah)
Repurchase? Maybe. Tengok la nanti. Ikutkan hati aku nak je pergi warna rambut kat salon muslimah. Aku pernah tanya harga untuk warna rambut RM189 selepas diskaun. Ko ghase? Tapi standard price la kot ye sebab banyak kos yang nak kena tanggung. Nak murah boleh beli dan buat sendiri kat rumah. Ada banyak brand pewarna rambut halal dan telus air yang boleh dicuba, antaranya Gumash, V'Asia Inai Hitam & Herba, L’Oreal Professionnel Majirel. Tengok la nanti ye. Aku macam berminat dengan L'Oreal tu sebab ada banyak pilihan.
INAI RAMBUT EAGLES HAIR HENNA DYE
P/S: Hari ni nak relax je. Sejak PKP duk sambung lagi ni Sabtu siang aku nak relax je tanpa fikir order yang masuk.
7 Comment for "Review Pewarna Rambut Garnier Halal Dan Telus Air "
Salam, trustec brand, ada halal kan, telus air..
lama dah tinggalkan habit warna rambut ni, kadang2 teringat jugak hee
Rajin warna rambut. Boleh tahan juga mahal harga kat salun tu.
Akak pun rasa nak warna rambut ni..sebab uban2 dah banyak..boring plak kalau asyik warna hitam dan nampak fake..so nak kaler la...okeh nanti pi cari Garnier
Tak pernah warna rambut . Alhamdulillah ada jugak brand yang keluarkan pewarna rambut yg berstatus halal
Brand garnier ni memang ramai pakaii, nak nak pewarna rambut ni sebab halal dan telus air. Teringin nak try, tapi takut kena bebel dengan abang kakak >.<
baru nk cuba2 warnakan rambut..baru mid 30s tp byknye lah ubatnye..itu yg yg kaler jg tu..rasa cm yakin garnier lbh selamat kot...kot la 😅
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)