Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Rezeki Dapat Buah Buahan

 Assalamualaikum... 

Rezeki Dapat Buah Buahan | Semalam mama ada bagitau pagi esok (hari ni) ada orang hantar buah. Pagi tadi mama call inform orang yang hantar buah tu dah sampai. Aku minta Lurviey turun ambil buah kat bawah sebab sejak pandemik ni tiada delivery depan pintu macam sebelum ni. 

 
Lurviey bawa naik 4 plastik besar dan aku tau mama akan beli banyak buat tapi aku tak expect dapat banyak macam ni. Alhamdulillah rezeki hari ni. Kebetulan stok buah sudah habis, jadi tak perlu mencari buah la sebab dah dapat buah yang banyak dari mama ni. Rumah mama dengan rumah kami dekat je. Dalam 10 minit je dah boleh sampai rumah mama tapi disebabkan PKP dan kes tinggi ni memang tak dapat la pergi rumah mama walaupun teringin nak pergi. Drop rojak mamak Khamis hari tu pun hanya letak kat luar rumah dan tengok dari dalam kereta je. 
 
Buah mangga hijau rangup tu aku plan nak makan dengan serbuk asam boi nanti. Lurviey dengan Naura tak makan mangga hijau tu jadi aku nak potong potong buat mangga asam boi. Buah mangga oren tu nanti potong siap letak dalam peti. Nak makan ambil je makan sejuk sejuk. Naura suka buah mangga. Buah naga tu aku dengan Lurviey je makan. Naura sejak besar ni tak makan dah buah naga. Sebelum ni kalau Naura sembelit memang aku bagi Naura makan buah naga. Sekejap je lawas ! 

 
Rezeki betul dapat manggis dengan duku ni. Eh ye ke duku? Atau dokong? Langsat? Aku tak dapat nak bezakan tapi kalau buka tengok biji hijau tu langsat la. Kalau rambai memang aku kena sangat rupanya. Korang tau ke macam mana nak bezakan duku, langsat, dokong?
 
Aku dah rasa tadi buah mata kucing ni. Isi besar, biji kecil dan manis sangat. Ni pun kena kopek letak dalam peti. Kalau tak lambat la habis.
 
Buah pear dan epal rangup tu manis. Naura memang suka makan buah epal. Tadi dah minta sebiji.
 
Anggur fave aku. Seedless dan rangup. Kalau pergi rumah mama, anggur ni sentiasa ada dan menjadi pilihan aku. Anggur hijau jenis rangup dan manis tu pun sedap. Mama whatsapp bagitau jangan bagi Naura makan anggur ni lagi. Kena cuci dengan tepung jagung dulu untuk hilangkan lilin pada anggur tu. Done ! Buat fruit salad pun best juga tapi tak de yogurt pula. Nampaknya kena habiskan buah buahan tempatan dulu la. Semoga dipermurah dan diperluas rezeki untuk mama. Aamiin..




P/S: Nenek nenek dah rindu cucu. Bila la nak habis PKP ni kan. 



Tag : emovere
14 Comment for "Rezeki Dapat Buah Buahan "

alhamdulillah rezeki.. sedap buahnya :)

Baru tahu tips tepung jagung tu...

Alhamdulillah murah rezeki dapat berbagai buah, ye basuh dengan tepung jagung ye, thanks for tips.

Tahniah, Sis pemenang pop kuiz, nanti tinggal info alamat dan no tel di ruang komen yang berlainan ye. Saya tak publish. Terima kasih.

Tahun ni mmg panjang musim buahnya..alhmdllh

Kecur air liur tengok buah-buahan tu semua, sedapnyaa!

Alhamdulillah . Rezeki banyak juga buah buahan tu . Semuanya nampak segar

Sedapnya buah buahannnn... Suka jugak anggur takda biji, cepat je habis kalau makan.. Baru tahu pasal tepung jagung untuk bersihkan lilin pada anggur tu ekk.. Nice... saya take note.. Buah langsat, sy tengok jugak biji hijau tu, terus panggil langsat.. hehe

Buah tropika memang sedap. Lagi-lagi bila masih fresh.

wahhhh banyaknyaaaa puaslah dlm mggu ni makan makanan sihat👍👍

Alhamdulillah rezeki, meriah sungguh dengan buah buahan! Saya dah terbayang dahhhh buah mangga hijau tu bila cicah dengan serbuk asam boi, sedappppnyaaaaaaa!

Bestnya mama naniey kirim macam macam jenis buah. Alhamdulillah. Seronok tengok ada banyak buah sedap. Buah dukong kot tu naniey.

Dalam banyak banyak buah yang akak dapat, buah manggis dan buah naga je saya akan makan. Yang lain kalau dipaksa baru makan. HAHAHA

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top