Assalamualaikum...
Sarapan Dengan Cekodok Campur Yang Sedap | Bila dah jemu tak tahu nak buat sarapan apa, maka terjadilah cekodok campur ni. Kebetulan daun kucai ada jadi buat cekodok sebelum daun kucai rosak.
Bahan bahan
- Bawang merah 1 biji yang besar - hiris
- Setengah batang lobak merah - sagat
- 1 biji ubi kentang sagat
- Daun kucai hiris
- Tepung gandum 1 cawan
- Tepung beras 1 sudu
- Air garam (garam sikit)
- Telur 1 biji.
Cara caranya
- Campur semua bahan kecuali air garam dan daun kucai dan kacau
- Masukkan air sedikit demi sedikit. Kalau adunan telalu pekat tambah lagi air. Jangan cair sangat.
- Kemudian masukkan daun kucai, kacau rata.
- Goreng dan siap dihidang.
Ni fave cekodok Lurviey buatan aku. Kalau nak pedas boleh tambah serbuk cili atau paprika sikit. Aku memang tak tambah sebab Lurviey tak boleh makan pedas sangat. Cekodok ni lagi sedap makan dengan sos pencicah sendiri. Tapi tu la. Kalau rajin kang aku nak buat la. Nak kena check stok gula nise ada lagi ke tak.
P/S: Tak boleh buat selalu cekodok ni sebab Lurviey ada Gerd. Tak boleh nak makan makanan bertepung selalu.
Tag :
resepi
15 Comment for "Sarapan Dengan Cekodok Campur Yang Sedap "
Kalau tambahkan isi udang potong kecik2 pun sedap
cekodok, menarik bila campur byk2 bhn camni
memang ni suka sgt en somi
sedap ni.. jadinya coq sayor.. cicah sos cili thai pulak.. nk buat jugaklah besok
Cantik cukup rangup cekodoknya Lurviey..hehe
maakk aaiiii cokodok makan panas2 minum teh o panas.. perghhh heaven nya ahhha
ini kalau lawan dia kopi O... Fuhhh!
sedap ni mkn panas2 dgn kopi O..fuh sedap..betul ckp unlce tu!
meriah bahannya.. mesti la sedap
Sedapnyaaaa, makan panas panas dan cicah sos cili hehehe
Kecur air liur!😅
Sedapnya cekodok campur begini. Panas-panas makan lawan dengan kopi panas :)
Sedap cekodok sayuq
Dah lama tak pekena cucur gini, pepagi selalu sarapan roti je hahaha.
Suka jugak buat cucur macam ni campur macam macam baru sedap.
Tambah plak udang kan...ikan bilis yang di tumbuk ke...huiii....sedap...eh..nak buat la macam ni jugak
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)