Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Scott's Vitamin C Pastilles Bagus Untuk Sistem Imun Kanak Kanak

 Assalamualaikum... 

Scott's Vitamin C Pastilles  Bagus Untuk Sistem Imun Kanak Kanak  | Bila ada anak ni, antara perkara yang penting untuk dititikberatkan adalah kesihatan. Bila anak sakit, satu apa pun tak boleh fokus sebab risaukan anak. Sebelum aku perkenalkan Scott's Vitamin C Pastilles ni, aku pernah cuba bagi Scott's Emulsion Orange tu tapi tak berjaya sebab Naura tak buka mulut la walaupun guna syringe. 

Aku bagi Naura makan pastil ni bila aku aku yakin dia dah boleh makan tekstur ni. Awalnya dia hanya jilat jilat je dulu pastil ni dan biasanya memang tak habis pun dia makan. Sekarang, Alhamdulillah dah berjaya habiskan dan pandai masukkan dalam mulut dan hisap.


Umumnya tahu Vitamin C bagus untuk meningkatkan sistem imunisasi badan dan pastil Scott's membantu menyokong fungsi imun kanak kanak yang normal. Aku kenalkan pastil ni pada Naura seawal setahun 6 bulan tak silap aku dan aku pernah tanya doktor kanak kanak tentang hal ni.

Umur berapa boleh bagi Scott's Vitamin C  Pastilles ni 

Sila ambil perhatian bahawa produk ini dicadangkan untuk diberikan kepada kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas [1]. GlaxoSmithKline Consumer Healthcare (GSKCH) sentiasa mengesyorkan agar pengguna mengikut arahan label produk sebelum menggunakan sesuatu produk. Sila minta nasihat daripada doktor atau ahli farmasi anda jika anda tidak pasti sama ada produk ini sesuai untuk anda - Facebook Scott's Malaysia  

Senang nak bawa pergi mana mana atau travel dengan pek seperti ini

Kalau Scott's DHA tu tak silap aku untuk kanak kanak berumur 5 tahun ke atas yang berfungsi untuk perkembangan otak dan kesihatan tulang.  Apapun korang boleh rujuk doktor terlebih dahulu.


P/S: Aku pernah try jenis gummy tu beli yang trial pack kat Eco. Aku prefer pastil lagi daripada gummy tu.

9 Comment for "Scott's Vitamin C Pastilles Bagus Untuk Sistem Imun Kanak Kanak "

Bagus brand Scotts,Kena baca betul, untuk peringkat umur yang sesuai, penting tu.

Bagus produk scott"s ni sentiasa update packaging baru . Sekali tengok macm coklat la

Ye, betul tu kan. Penting sangat Vitamin C untuk bantu boost kita punya imun sistem, lagi-lagi waktu sekarang ni. Boleh cari yang paling serasi untuk diri sendiri dan kids kannn :)

Salah satu brand yang disukai ramai. Sangat penting untuk anak² sebenarnya. Fiza pernah jugak belikan untuk anak².

Bukan anak-anak je yang suka. Bapak-bapak pun terliur nak makan. 😄

suka pulak sy yg packaging mcm ni. sng nk ngap...😆

Setuju dengan komen Bola Katok, yang dewasa pun suka makan yang jenis macam ni hahahaha >.<

Dalam pek macam candy ni buat lagi tertarik nak makan. Rupa juga mainkan peranan. Mungkin dalam botol jenis cecair tu nampak terlalu macam ubat. First time tengok dalam pek macam ni. Baguslah upgrade pek untuk lebih mudah consume.

Seronok pula tengok mama mama punya cerita ni. Rasa nak kahwin dan ada junior Nadia. Btw, saya pun seseorang yang renyah nak makan vitamin c ni, sampai sekarang renyah. mungkin saya patut beli candy ni juga :(

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top