Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Sedapnya Laksa Sarawak Guna Pes Laksa Sarawak Haji Manan

 Assalamualaikum.. 

Sedapnya Laksa Sarawak Guna Pes Laksa Sarawak Haji Manan | 2 minggu lepas aku beli Pes Laksa Sarawak ni tanpa sengaja di shopee. Sebenarnya aku nak beli tasbih digital je tapi tak berbaloi rasanya aku nak bayar shipping untuk harga barang yang RM2 lebih. Jadi aku cuba cari apa yang aku boleh tambah dengan seller ni. Aku ternampak Pes Laksa Sarawak Haji Manan. Aku terus beli 2 pek. Barulah berbaloi bayar shipping ! 

 

Sejujurnya aku tak pernah makan laksa Sarawak dan aku teringin sangat nak makan laksa Sarawak. Nak masak laksa Sarawak guna pes ni pun aku tak confident sebab tak tahu rasa sebenar laksa Sarawak. Cara masak laksa Sarawak ni ada di pek pes ni dan aku follow juga resepi di facebook. 

Bahan Bahan

  • Pes Laksa Sarawak Haji Manan
  • Udang 10-15 ekor - buang kulit - rebus
  • Ayam bahagian dada - rebus
  • Air rebusan udang dan air rebusan ayam
  • Kiub Pati Ayam 1
  • Santan 250ml (aku guna santan kotak 200ml)
  • Taugeh
  • Limau Kesturi
  • Daun ketumbar - aku tak letak sebab tak de
  • Bihun/Angel Hair
  • 2 biji telur - buat telur dadar dan gulungkan kemudian hiris. 

Cara Caranya

  1. Campurkan air rebusan ayam dan udang (asingkan udang dan ayam- anggaran air 1000ml.
  2. Kemudian masukkan pes Laksa Sarawak Haji Manan masak sehingga mendidih dan masukkan santan serta kiub pati ayam. - Tak perlu tambah garam.
  3. Carik carikkan isi ayam.
  4. Celur taugeh dan rebus bihun atau angel hair.
  5. Siap untuk dimakan !  Susun la dalam mangkuk letak bihun, udang, isi ayam telur dadar, letak kuah laksa dan perah limau kesturi. 

Aku tak sangka sedap betul laksa Sarawak ni. Masa buka pek pes ni bau dia mengingatkan aku bau laksa kari Penang segera. Aku dah lupa brand apa tapi bau seakan akan bau kuah laksa ni. Satu pek ni boleh makan untuk 5 hingga 6 orang. Memang banyak. Jadi isi kena standby banyak la kalau nak buat satu pek tu. Next time aku nak buat, hantar rumah mama juga. Nanti balik kampung pun aku nak bagi family aku rasa pula. 

Oh ye, ikutkan resepi aku tengok kat facebook sepatutnya ada sambal tumis dicampur sekali masa nak makan ni tapi aku kurang rajin nak buat sebab kuah laksa ni je pun dah sedap dan cukup rasa dah. Derhaka sikit daripada resepi asal. Ke wajib ada? 

Kalau korang berminat nak beli pes Laksa Sarawak Haji Manan ni boleh beli kat shopee. Aku beli dengan seller ni dengan harga RM5.39/pek --> https://shopee.com.my/belladream

 

P/S: Menaip ni terbayang bayang keenakkan kuah dia yang cukup lemak cukup rasa. Sedapnya wehhh!! 


Tag : food
13 Comment for "Sedapnya Laksa Sarawak Guna Pes Laksa Sarawak Haji Manan "

Banyak juga dok baca review pes laksa sarawak Hj Manan ni memang sedap. Oh murah aje sepeket RM 6. boleh lah beli. nak try lah mana tahu boleh cakap sarawak lepas ni :P

Pes ni bape lm tersimpan lam fridge.. Ntah bila nk buat gaknya :p

Saya pun tak pernah makan laksa Sarawak. Mungkin boleh cuba beli pes ni jugak.

Suka la ada pes2 ni, senang.. Laksa sarawak ada udang pernah makan dulu.

Wah.. tahniah naniey dh berjaya buat laksa sarawak... itu lah sambal belacan tu je xde.. kalau ada lg ummph.. bkn sambal tumis tau dia kena buat sambal belacan.. ada org tumbuk je ada jugak ditumis.. hihi

dah try ms g kuching 2 thn lps. brand yg ni jg. sy masak tp yg habiskn org lain😆😆

Tak pernah makan laksa Sarawak. Nak pergi Sarawak, PKP hehehe. Bolehlah cuba pes Hj Manan ini nanti :)

Saya suka juga makan laksa Sarawak. Tahu makan sebab ada akan ipar asal dari Sarawak.

pernah sekali. mkn. laksa. ni
lupaa dah rasanya he hee
mudah skrg mcm2. pes. ada

Sebelum ni ada beberapa kali baca ulasan mengenai pes laksa ni. Belum ada kesempatan untuk cuba lagi.

Kebetulan, saya pun tengah nak beli tasbih digital, Naniey. Masih dalam cart lagi sebab tengah cari barang lain dari kedai yang sama biar berbaloi shipping :)

tak pernah buat sendiri laksa sarawak, jadi taktau lah derhaka ke tak..hehe..pernah rasa sekali je laksa sarawak ni rasanya, tak ingat dah macam mana rasa dia

Tak pernah makan lagiii laksa sarawak, selalu makan laksa terengganu je hehehe. Tapi ada pes memang memudahkan kerja kan kak naniey.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top