Assalamualaikum..
Settle Check Up 27 Bulan | Hari ni check up awal jam 9 pagi tapi kelam kabut pagi tadi sampai jam 9.30 pagi. Nasib baik orang tak ramai sangat hari ni. Alhamdulillah. Lagipun kalau sebelum pandemik mak ayah boleh datang sekali tapi disebabkan pandemik hanya salah seorang sahaja dibenarkan kecuali ibu yang baru bersalin yang tak boleh nak berjalan dan perlu tolak dengan wheelchair.
Jangan di tanya kenapa pakaikan mask dewasa. Naura yang nak pakai mask tu. Yang budak budak dia tak nak. Jadi aku tepaksa sangkutkan tali tu kat ikatan rambut dia. Alhamdulillah Naura pun dah tahu kena pakai mask dan kekal lama juga dia pakai mask berbanding sebelum ni pakai seminit terus cabut. buang.
Naura happy sangat hari ni sebab dapat keluar. Lalu depan M3 Mall tadi excited betul dia, maybe Naura ingat nak bawa dia jalan jalan kat situ. Appointment kali ni check up berat tinggi dan perkembangan Naura sahaja. Berat maintain dan masih 11.5kg dan tinggi 95cm, jadi BMI masih kurang cantik. Pening kepala aku ni. Next appointment bulan 11 nanti. Alhamdulillah hari ni Naura well behaved. Tak nangis macam sebelum ni, bila masuk bilik nurse, nak timbang dan ukur tinggi pun mudah je tadi. Smooth dan cepat je semua hari ni. Alhamdulillah.
Rimas pula mommy tengok Naura pakai mask macam. |
Outfit of the day Naura hari ni, pakai jeans nenek beli dan blouse mommy beli. Semua baru kecuali sandal je. Pakai je la sandal tu sebab kasut baru beli tak dapat pakai sebab kaki dan besar. Terperuk je kat rumah tak pergi mana mana. Tunggu dah boleh pergi jalan jalan baru beli kasut baru.
Alang alang keluar ni, ajak Lurviey beli rojak mamak sedap kat Jalan Setapak Indah. Singgah juga beli Pak Wan Mini Cakoi untuk Naura. Teringin Nasi Kerabu Kak Yah tapi Kak Yah belum ada lagi sebab masih awal. hari ni check up habis awal sebelum jam 11 pagi. Jadi singgah cari nasi kandar kat area Masjid Ibnu Abbas,Danau Kota. Malas nak masak lunch hari ni. Gantung kuali la jap !
P/S: Happy dapat keluar sekejap. Kesian betul tengok anak aku. Perkembangan dalam rumah je. Tak pe la. Tunggu pandemik habis nanti kita staycation !
Tag :
Intan payung,
nanieydom
11 Comment for "Settle Check Up 27 Bulan"
good girl👍👍👍
bagus Naura x nangis...dia dh besar tu..dulu pun akak bawak anak pergi check up sorang-sorang...x merasa nak pergi ngan suami ke apa...hehehe..xpe la dh biasa independent...la ni rindu plak nak pergi baaak anak check up...hahahaha
hahahaha klu baca tajuk tadi mati2 igt naniey yg g check up... igt tgh preggy hehehe
takpe... janji dia nak pakai mask tu...
Alhamdulillah naura good girl checkup harini, behave je. Senang urusan jadi mudah. Dapat keluar sekejap pun dah happy kan kak naniey :)
Ingatkan cek perut emak dia tadi
Bijak Naura dan faham dengan keadaan pandemik sekarang. Kesian anak anak lama terperap. Dapat keluar check up pun dah seronok dah. Alhamdulillah semua perkembangan bagus.
Merasa Naura jalan-jalan kat luar sekejap ya...
Alhamdulillah.. Comelnya dia..
Alhamdulillah :)
Alhamdulillah , semua urusan dipermudahkan . Betul tu bebudak ni kalau dapat keluar bersiar2 di luar rumah sekejap pun diorang dah happy kan .
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)