Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Some By Mi AHA BHA PHA 30 Days Miracle Toner & Miracle Truecica Clear Pad

 Assalamualaikum... 

Some By Mi AHA BHA PHA 30 Days Miracle Toner & Miracle Truecica Clear Pad | Habis juga guna dua jenis produk ni. Jadi aku rangkumkan sekali dalam satu entri ni. 

Tahun 2018 aku pernah beli tapi tak sempat nak habiskan sebab pregnant. So, aku stop dan akhirnya kena masuk tong sampah la. Jadi tahun ni aku beli Some By Mi Toner ni semula sebab aku tak sempat nak habiskan satu botol last time. 

Sepanjang pregnant memang aku tak guna any cleanser pun dan skincare routine aku memang ke laut. Malas sangat aku nak kisah pasal kulit ni. Penat ! Kalau keluar dan rajin aku pakai moisturizer dan sunblock. Tu je. Kalau rajin la.. Lepas habis pantang baru aku nak jaga kulit semula. Muka aku breakout semula terutama bahagian dagu selepas ambil cucuk perancang depo kali yang ketiga dan seterusnya. One of the reason aku beli Miracle Toner ni sebab video promo produk ni sangat menggugat hati aku. 

Baca : Some By Mi Yuja Niacin Sleeping Mask 

Ingredients

Water, Butylene Glycol, Dipropylene Glycol, Glycerin, Niacinamide, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract, Polyglyceryl-4 Caprate, Carica Papaya (Papaya) Fruit Extract, Lens Esculenta (Lentil) Seed Extract, Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Extract, Nelumbo Nucifera Flower Extract, Swiftlet Nest Extract, Sodium Hyaluronate, Fructan, Allantoin, Adenosine, Hydroxyethyl Urea, Xylitol, Salicylic Acid, Lactobionic Acid, Citric Acid, Sodium Citrate, 1,2-Hexanediol, Pentylene Glycol, Caprylyl Glycol, Benzyl Glycol, Ethylhexylglycerin, Ethyl Hexanediol, Raspberry Ketone, Phenoxyethanol, Mentha Piperita (Peppermint) Oil.

 

Some By Mi AHA BHA PHA 30 Days Miracle Toner 

  1. Packaging dalam kotak dan botol plastik keras seperti dalam gambar diatas dengan isian 150ml.
  2. Harga aku beli di shopee RM35+ dan affordable. Boleh guna almost 2 bulan untuk satu botol ni. 
  3. Watery texture dan sangat ringan. 
  4. Tiada alkohol dan tidak mengeringkan kulit. Lepas apply rasa fresh dan bersih sangat kulit.
  5. Bau toner ni wangi - bau peppermint dan tea tree. 
  6. Toner ni membantu untuk mengecutkan dan mengurangkan jerawat pada muka. Bagi aku toner ni sangat membantu jerawat remaja bangka aku tu. 
  7. Kalau rajin pakai kulit boleh glowing gitu.

Ingredients

Salix Alba (Willow) Bark Water(85 %), Butylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Glycerin, Sodium Hyaluronate, Betaine Salicylate(0.5 %), Artemisia Princeps Leaf Extract (100 ppm), Centella Asiatica Extract(4,985 ppm), Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Water(4,800 ppm), Chamaecyparis Obtusa Leaf Extract, Opuntia Ficus-Indica Extract, Houttuynia Cordata Extract, Melia Azadirachta Leaf Extract, Melia Azadirachta Flower Extract, Madecassic Acid(5,000 ppb), Asiaticoside(5,000 ppb), Asiatic Acid(5,000 ppb), Madecassoside(10,000 ppb), Allantoin, Panthenol, Arginine, PEG-60 Hydrogenated Castor Oil, Citric Acid(100 ppm), Lactobionic Acid(100 ppm), Sodium Hydroxide, Water, Benzyl Glycol, Ethylhexylglycerin, Raspberry Ketone, Mentha Piperita (Peppermint) Oil.

 


Some By Mi AHA BHA PHA 30 Days Miracle Truecica Clear Pad 

  1. Packaging dalam kotak dan botol plastik keras yang mengandungi 70 pads (125ml ready to use)
  2. Harga aku beli di shopee RM44+dan boleh guna lebih kurang sebulan lebih jika guna 2 kali sehari.
  3. Mudah digunakan sebab korang tak perlukan kapas dah. Just open ambil sekeping dan sapu pada muka. Siap ! 
  4. Pad ni ada 2 sisi di mana 1 sisi yang bertekstur dan 1 sisi lagi licin. Korang guna bahagian yang bertekstur untuk buang kotoran dan kulit mati lepas tu gunakan sisi yang licin ibarat korang bilas muka selepas tonyoh bahagian kulit mati tu.
  5. Pads ni tidak melekit, tiada alkohol, mudah meresap dan tidak mengeringkan kulit. Lepas apply rasa fresh dan bersih sangat kulit.
  6. Bau toner ni wangi - bau peppermint dan tea tree. 
  7. Pads ni fungsinya sama seperti miracle toner di mana membantu untuk mengecutkan jerawat serta membuang sel kulit mati.

Sama ke Some By Mi Miracle Toner dengan Some By Mi Miracle Pads? 

Aku tanya seller yang jual ni sama ada sama or tak both product ni? Seller ni jawab sama. Tapi aku tak puas hati dengan jawapan tu sebab yang Miracle Pads tu ada perkataan Truecica dan of course la tak sama kan?  Aku tengok ingredient pun tak sama.

Some By Mi Miracle Toner ada Niacinamide dan Miracle Pads ada Willow Bark Water but both produk memberi kesan yang sama bagi aku. Kalau nak value for money boleh beli Miracle toner tapi kalau korang macam kurang rajin nak tuang kat kapas dan sapu kat muka, boleh ambil Miracle pads. Apapun, produk ni mungkin ok untuk aku dan tak berkesan untuk korang sebab kulit kita kan lain lain. 

Repurchase? Yes !

 

P/S: Manusia kan unik. Teringat study counseling dulu 4 tahun memang tak kan lekang daripada mulut Prof 'Manusia Unik'

 


10 Comment for "Some By Mi AHA BHA PHA 30 Days Miracle Toner & Miracle Truecica Clear Pad "

alhamdulillah nmpk nya serasi dgn kulit naniey

Tak pernah guna produk Some by Mi ni. Bagus pakai produk yang memberi kesan positive pada kulit.

Seronok kalau okay dengan kulit kita kan sis..

Saya pernah pakai yang exfoliating toner tuu, memang berkesan. Memang best pakai!

Mcm best je miracle pad tu.. dia 2 in 1 ek

shida ade beli yg utk black head tu..blm cuba lg..

bau peppermint dan tea tree. mmg bau feveret mama

Tak pernah guna lagi. Tapi, saya suka kalau produk tu ada tea tree :)

Terhibur kita tang akak tak puas hati seller jawab sama. Haha. Selalu nampak produk ni ada juga nak try pakai skin care korea ni hehe

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top