Assalamualaikum..
Some By Mi Snail Truecica Miracle Repair Cream | Akhirnya habis juga Miracle Repair Cream ni. Range product Some By Mi ni terlalu banyak sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Apa yang paling penting korang kena tahu jenis kulit korang sebelum membuat pembelian produk penjagaan kulit.
Some By Mi Miracle Repair Cream mengandungi bahan eksklusif diformulasikan dengan Teatree, Centella Asiatica, Mugwort, dan Titrated Extract of Centella
Asiatica. Kandungan Black Snail & Truecica juga membantu membaiki kulit yang rosak dan menjadikan bahagian kulit yang rosak itu kuat dan parut tidak kelihatan dengan ketara. [ Produk Untuk Kulit Rosak ]
Ingredient
WATER, SNAIL SECRETION FILTRATE(40 %), PROPANEDIOL, DICAPRYLYL CARBONATE, POLYGLYCERYL-3 METHYLGLUCOSE DISTEARATE, NIACINAMIDE, 1,2-HEXANEDIOL, MELALEUCA ALTERNIFOLIA (TEA TREE) LEAF EXTRACT(10,000 ppm), CENTELLA ASIATICA EXTRACT(10,000 ppm), BUTYLENE GLYCOL, CYCLOMETHICONE, CETEARYL ALCOHOL, SQUALANE, GLYCERYL STEARATE, CARBOMER, TROMETHAMINE, CITRUS AURANTIUM BERGAMIA (BERGAMOT) FRUIT OIL, ALLANTOIN, MADECASSOSIDE(1,000 ppm), ETHYLHEXYLGLYCERIN, ARTEMISIA PRINCEPS LEAF EXTRACT(1,000 ppm), SODIUM POLYACRYLATE, HYDROLYZED COLLAGEN, GLYCERIN, ADENOSINE, DISODIUM EDTA, SALVIA OFFICINALIS (SAGE) OIL, TOCOPHEROL, HYDROLYZED VEGETABLE PROTEIN, HYDROGENATED LECITHIN, ASIATICOSIDE(400 ppb), MADECASSIC ACID(360 ppb), ASIATIC ACID(240 ppb), STEARIC ACID, CERAMIDE NP, CERAMIDE NS, PHYTOSPHINGOSINE, CHOLESTEROL, CERAMIDE AS, CERAMIDE AP, CERAMIDE EOP, LINALOOL, LIMONENE
Review Some By Mi Snail Truecica Miracle Repair Cream
- Harga mampu milik RM44.90 dan tahan lama dua bulan jika digunakan setiap hari waktu malam sahaja
- Tekstur Miracle Repair Cream ni high concentration watery texture dan tidak melekit. Bila apply pada kulit, cepat meresap dan kulit terasa lembap.
- Sangat sesuai untuk korang yang ada masalah dry skin, acne prone skin, sensitive skin, damaged skin yang nak repair skin barrier.
- Sukar untuk aku describe baunya tapi bagi aku ianya plesant smell dan tidak menyengat hidung.
- Bagi aku krim ni sangat membantu untuk melembapkan kulit dan menjadikan kulit glowing dan sihat (bukan berminyak). Apply sebelum tidur, bangun pagi muka glowing !
- Krim ni tak bantu untuk pudarkan parut aku sebab aku tak nampak kesan pada bahagian parut seperti gambar di bawah ni. Tapi ianya sangat bagus untuk lembapkan kulit tau ! Lagipun baru habis 1 bekas jadi kena konsisten pakai baru nampak kesannya.
- Repurchase?
Yes, No,Maybe
Baca : Some By Mi AHA BHA PHA 30 Day Miracle Toner
Ni la gambar yang membuatkan aku nak beli Miracle Repair Cream ni. Most of review yang aku baca memang bagus untuk lembapkan kulit.
Apapun bagi aku penggunaan produk yang konsisten akan berhasil cuma berapa lama nak tengok keberkesanannya aku tak pasti sebab kulit kita tak sama. Ada orang cepat dan ada orang lambat. Yang paling penting kandungan dalam produk kulit tu tidak berbahaya. Aku? Aku susah nak stick pada satu produk kecuali pelembap. Bertahun tahun aku guna hinggalah lepas bersalin, aku tukar pelembap lain.
P/S: Bila mudah terpengaruh ni, memang susah nak kawal.
6 Comment for "Some By Mi Snail Truecica Miracle Repair Cream "
Mahal tak? Nampak premium
Memang best produk dari some by mi . CCL tengah pakai serum di . Memang best untuk hilangkan parut jerawat . Next boleh try cream ni
shida ade beli juga tp yg botol kaler hijau tu..blm try lg hahaaa beli saja..
Biasa nampak produk Some By Mi ni pek hijau. Iklan tu membuatkan kita rasa nak cuba. Selesa pakai krim yang tak melekit dan tak berminyak. Harga pun mampu milik kira okaylah.
Setuju dengan kak naniey, produk somebymi ni memang banyak benorrrrr, macam macam adooo. Tapi make sure tahu la jenis kulit kita macam mana kan, bukan semberono belii sebab harga dia boleh tahan gak kalau takde sale.
Belum pernah cuba lagi sebarang produk Some by Mi ni. Biasa tengok-tengok je tapi tak pernah putuskan untuk beli.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)