Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Tepung Pancake Segera Noraini's Eco Shop


Assalamualaikum...

Tepung Pancake Segera Noraini's Eco Shop | Lama sungguh tak buat pancake walaupun aku bukan penggemar pancake tapi sedap juga sesekali buat pancake. Tapi Lurviey tak boleh makan makanan bertepung waktu pagi sebab nanti angin satu badan. Naura makan juga tapi sikit je la dia gigit. Dalam proses nak sesuaikan diri. 
 

Bahan Bahannya
  • 1 pek Noraini's Premix Pancake (perisa Vanilla) 200gm
  • 140 ml air
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar minyak masak (diletakkan ke atas kuali/pan)
Cara-caranya 
  1. Campurkan kesemua bahan di atas dalam satu bekas. Gaul rata. 
  2. Panaskan pan dan sapu sedikit minyak. Tuangkan adunan ke atas pan. 
  3. Apabila nampak atas pancake seperti berlubang lubang, terbalikkan. 
  4. Tunggu sekejap. Dah boleh angkat.
  5. Siap ! Boleh makan dengan syrup, nutella, peanut butter etc.
Kalau benda cepat dan mudah macam ni aku suka sangat. Menjimatkan masa aku. Tapi tak semua masakan aku gunakan bahan 'SEGERA' walaupun aku nak cepat.


P./S: Aku minta Lurviey singgah Eco Shop cari tepung pancake Noraini tapi yang ada tepung pancake Mauri. Aku belum cuba lagi.


Tag : eco shop, food
6 Comment for "Tepung Pancake Segera Noraini's Eco Shop "

Suka jugak yang mudah dan cepat ini. Nanti boleh cuba :)

Nanti nak terjah eco beli tepung segera pancake ni

Macam-macam produk Noraini's ni sekarang ya.

Cantik kejadiannya, gebu nampak. Senang ada premix buat masa hari nak cepat..

Okey nanti nak pergi cari sebab mudah gila cara nak buat! Memang favorite saya, nak beli pancake mcd kan mahal sangat. Sekali sekala boleh lah hahaha >.<

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top