Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Terjebak Sahara Henna Macam Kak Ako Retna

 Assalamualaikum.. 

Terjebak Sahara Henna Macam Kak Ako Retna |  Hari Jumaat nampak Kak Ret sharing pasal inai sahara ni. Disebabkan tengok cantik je warna inai tu, aku terus checkout hari tu juga. 

Sahara & Hanna Henna with free gift

Tenghari semalam sampai tapi tak dapat pakai lagi sebab kat dalam peti surat kat bawah. Nak turun memang tak boleh sebab sepanjang PKP ni memang aku tak bawa Naura turun ke bawa ambil parcel. Aku tunggu waktu Naura mandi, minta Lurviey tolong tengokkan dan aku nak turun ambil barang sambil buang sampah. Efisien gitu kerja. Dua kerja satu masa. 

Naik, sembur parcel jap lepas tu buka parcel terus apply kat kuku jari kelinking. Dasar tak menyabo kan. Aku beli dua jenis sebab tak berbaloi la aku nak beli satu je. Mulanya aku nak beli Inai Sahara tu dua tapi warna yang ada stok hitam dan dark brown sahaja. Jadi aku terpaksa beli Inai Hanna satu bebaloi la sikit nak bayar shipping. 

 

Jari kelingking tu tak buff. Dapat semalam terus pakai.

Sebelum pakai inai, aku buff dulu dan memang ada beza kuku yang tak buff dengan yang buff bila apply (maaf tiada gambar sebelum buff). Bila buff, warna lebih cantik dan lekat elok berbanding kuku yang tak buff. Applicator dia tu mudah untuk apply tapi lenguh juga tangan aku nak picit bekas tu. 

Aku teringin nak try warna hitam tapi tak sanggup pula sebab ambil masa untuk luntur unless peel off nail polish. Dah siap pakai dan bosan boleh peel off je. Next day boleh tukar warna lain pula. Aku ada nampak keyword blog aku, ada yang mencari cara buat inai guna kapur sireh. Tak payah la buat korang. Pedih kuku nanti kalau salah buat. Korang buka shopee search je inai kuku macam macam brand ada. Dari yang murah sampai harga kayangan pun ada. Pilih je mana yang berkenan dengan poket. 

 

Sahara & Hanna Henna -

 

P/S: Suram je rasa hari ni. Adakah sebab cuaca ataupun isu politik negara? 😁




8 Comment for "Terjebak Sahara Henna Macam Kak Ako Retna "

Fiza pun nak beli jugak. Tapi tak terbeli sampai sekarang. 😆

Macam nak beli jugak hahaha, memang mudah terpengaruh sungguh, cantik pekat warna dia tuuu.

Nmudah juga nak apply pada kuku . Tak ada la nanti comot sangat

kalau hitam pun cantik juga... Gothic gitu...

Lama tak berinai, macam teringin pulak ramai dah try...uhuhu~

Merah pekat yang lawo tuuuu..huhu

selalu nampak ni teringin nk beli tp takut plak x terpakai.. best jugak kan main inai² dgn anak dara.. hihi

Ahh sudah..dari Syu ke Kak Ret lepas Naniey. ramai terjebak ni..Hehe.. Cantik warna inai ni. Patutlah ramai yang terjebak beli.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top