Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Tip Jimatkan Elektrik Sepanjang Lockdown

Assalamualaikum...

Tip Jimatkan Elektrik Sepanjang Lockdown | Berapa bil elektrik korang? Setakat ni bil elektrik rumah aku tak de perbezaan yang ketara sebelum PKP atau semasa PKP sebab memang aku kerja daripada rumah sepanjang masa. Cuma kalau sebelum PKP aku kerap keluar ke rumah mama atau jalan jalan.


Bagi mengurangkan peningkatan bil elektrik, korang boleh ikut saranan TNB untuk mengamalkan langkah langkah kecekapan tenaga

1. Mematikan komputer selepas digunakan dan berhenti mengecas komputer riba selepas bateri dicas sepenuhnya. Pastikan suis dimatikan selepas penggunaan aksesori seperti pembesar suara, mesin pencetak dan pengimbas. 

2. Memastikan semua pintu, tingkap dan laluan udara ditutup sepenuhnya semasa menggunakan alat pendingin hawa supaya udara sejuk tidak keluar dari bilik. Gunakan kipas untuk membantu menyejukkan bilik supaya termostat alat pendingin hawa boleh dilaraskan lebih tinggi (antara 24 hingga 26 darjah Celsius) bagi penggunaan elektrik yang cekap.

3. Tetapkan pemasa untuk mematikan alat pendingin hawa bagi mengurus dan menjimatkan tenaga. Sebelum tidur, cuba tetapkan ia untuk ditutup beberapa jam selepas digunakan untuk penggunaan elektrik yang lebih cekap

4. Bersihkan penapis alat pendingin hawa untuk mengoptimumkan proses penyejukan. Habuk pada penapis mengurangkan peredaran udara dan menjejaskan kecekapan alat pendingin hawa.

5. Manfaatkan cahaya semula jadi bagi mengurangkan kos penggunaan lampu.

6. Penggunaan air panas semasa mencuci pakaian (dengan muatan penuh) menggunakan lebih banyak tenaga kerana ia mengambil masa untuk air dipanaskan.

7. Apabila menggunakan ketuhar elektrik, membuka dan menutup pintu ketuhar dengan kerap tidak akan mempercepatkan masa hidangan dimasak bahkan ia akan menyebabkan penggunaan elektrik yang lebih banyak untuk mengekalkan suhu ketuhar.

8. Mematikan suis dan menanggalkan plug peralatan elektrik apabila tidak digunakan. Televisyen, kotak dekoder (set-top boxes) seperti Astro dan modem yang tidak dimatikan boleh meningkatkan penggunaan elektrik dalam jangka masa yang panjang.

9. Masa mandian yang panjang dengan alat pemanas air menggunakan lebih banyak tenaga untuk memanaskan air secara berterusan.
 
Tip no.8 dan no.9 tu aku tak praktikkan. Aku jarang tanggalkan plug peralatan elektrik bila tak guna kecuali masa balik kampung atau keluar daripada rumah dalam jangka masa lebih sehari. Mandi air panas tu memang sentiasa. Mungkin itu juga faktor bil aku lebih daripada RM50 setiap bulan. Aircond memang tak de kat rumah aku walaupun bila cuaca panas je sentiasa ada niat nak pasang aircond. Tapi disebabkan rumah kat tepi gua, tak perlu la aircond. Malam sejuk.

Bagi pertanyaan bil, pelanggan boleh menghubungi TNB CareLine pada talian 1300-88-5454 dan menerusi Facebook TNB CareLine dan Twitter Tenaga_Nasional.



Tag : tips
8 Comment for "Tip Jimatkan Elektrik Sepanjang Lockdown"

Terima kasih atas perkongsian tips, kadang terlepas pandang bila caj computer tu..

Terima kasih share tips ni Naniey. Sejak PKP 3.0 ni ada kenaikan sikit. huhu..

bil letrik Syu bulan ni ajer dekat Rm200.Siang tak pasang apa sangat pun.Cuma malam jer pasang aircond.Tak tahu macam mana nak kurangkan penggunaan dah.Hu3

Alhamdulillah bil eletrik masih terkawal hehehe.

betul tu..tq sharing naniey..td terus off suis charger laptop ni hahaaa

Akak lambat baca la...dah dapat bill dah..matilanak bill naik tinggi

terima kasih perkongsian ini. bil semasa 80% WFH ni bertambah-tambah bil letrik. kos pergi balik kerja dan makan diluar dah xda, kena topup pada bil lah jawabnya.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top