Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Cendawan Tiram Goreng Cili Api

 Assalamualaikum. 

Cendawan Tiram Goreng Cili Api |

Sesekali teringin makan cendawan tiram. Jarang sekali aku masak cendawan tiram ni sebab takut angin satu badan. Dah remaja bangka ni macam macam la nak datang kalau silap makan. 

Kelmarin Lurviey keluar beli barang dapur dan bawa pulang cendawan tiram ni. Aku tak tulis dalam list pun minta beli cendawan tiram, tetapi sehari sebelum tu aku ada bagitau bestnya kalau letak cendawan tiram dalam tomyam. Dah lama tak makan tomyam letak cendawan tiram. Enoki tak nak ! 

Semalam masak tomyam satu periuk buat pedas dan masam letak cendawan tiram sikit. Puas aku meratah sebab Lurviey tak boleh makan. Buat masa sekarang aku masak panggang dan kukus je. Masak pedas memang tak boleh la. Kena pantang balik macam dulu masa kena gerd teruk sampai kena warded seminggu.


Bahan Bahan

  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Cili Api
  • Ikan bilis (Stok habis jadi aku letak kiub ikan bilis) 
  • Cendawan Tiram (cuci dan toskan)
  • Sedikit kunyit hidup (aku guna serbuk)
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara caranya 

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api, kuib ikan bilis
  2. Kemudian masukkan minyak dan tumis bahan tumbuk. 
  3. Agak agak sudah masak bahan tumbuk tu, masukkan sedikit serbuk kunyit. 
  4. Masukkan cendawan tiram dan sos tiram dan gaul rata.
  5. Biarkan sehingga cendawan tiram masak. Tak perlu tambah air sebab cendawan tiram mengeluarkan airnya sendiri. 
  6. Masak sehingga kering. Done ! 

 

Hajat hati nak makan sepinggan je nasi dan akhirnya menambah hingga tiga pinggan. Sedap sangat dan kena dengan tekak aku yang memang nak makan pedas. Lurviey memang tak boleh sentuh sebab cendawan kan berangin dan Gerd sedang menyerang dia. Jadi dapatlah aku buat pedas pedas !


P/S: Dah boleh rentas daerah, minggu ni jalan mesti sesak teruk. Apapun stay safe.


Tag : resepi
7 Comment for "Cendawan Tiram Goreng Cili Api "

Baru tahu cendawan tiram ni makanan berangin rupanya. Tak perasan pulak makan badan berangin. Tak pernah lagi masak tiram tumis cili api. Biasa masak sayur campur atau rebus sahaja dengan daun kunyit. Pun sedap :)

macam macam nak datang ni kena jaga pemakanan betul betul. Silap makan bahaya jugak.

sama mcm sy.. slh mkn berangin satu bdn.. hehe
cendawan tiram sy suka ltk dlm tomyam..

ni boleh try nmpk sedap!

Baru tahu juga yang cedawan tiram makanan berangin. Selalu makan je. Tengok Kak naniey bubuh cili sedap tu pedas. Tapi kita geng Lurvey sekarang. Pantang makanna haha demi nak stabil sikit dari gastrik

1st time ammi dengar cendawan tiram boleh menyebabkan angin.

TQ bagi idea kot-kotlah kalau suami beli lagi...haritu punyalah jenuh ammi masak cendawan ni. boleh tak suami ammi beli sampai 1kg. Goreng tepung, sup cendawan, segala sayur goreng letak cendawan hahahha.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top