Assalamualaikum..
Cheesy Spicy Seafood Aglio Olio | Dulu kalau sebut Aglio Olio aku la orang yang akan buat muka macam tak selera nak makan. Last year aku cuba buat untuk Naura makan, eh sedap pula Aglio Olio ni. Sejak hari itu, aku memang suka sangat Aglio Olio ni. Semalam ni aku masak awal dan masak simple je sebab Lurviey kena Gerd dan angin satu badan tu. Makan tak pantang gitu la jadinya. Aku pun masak sampai lupa laki ni ada Gerd. Adehh. Marilah sama sama berpantang makan. Mana tahu asbab pantang ni berat boleh turun.
Petang semalam aku tanya Lurviey nak makan nasi tak, kalau tak nak aku nak masak spagetti je. Lurviey cakap tak nak makan nasi. Ok aku pun tengok dalam fridge apa yang ada. Udang ! Masak Seafood Aglio Olio je la walaupun seafood yang ada udang je. Lol. Lepas tu letak cheese dan chili flakes.
Bahan Bahan
- Minyak Zaitun
- Bawang putih hiris - banyak lagi sedap
- Udang buang kulit
- Spagetti - dah siap rebus
- Sedikit air rebusan spagetti
- Chili flakes
- Parsley flakes
- Cheese (parmesan & slice cheddar cheese)
- Kiub ayam
Cara-caranya
- Masukkan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan udang dan biarkan seketika hingga udang masak
- Masukkan air rebusan spagetti, dan kiub ayam. Rasa dulu.
- Kalau dah ok rasanya boleh masukkan spagetti. Gaul rata
- Kemudian masukkan chili flakes dan parsley flakes. Gaul rata.
- Tabur parmesan cheese dan juga masukkan slice cheddar cheese.
- Bila dah rata semua boleh hidangkan panas panas.
Kalau masuk cheese kena makan panas panas. Kalau tak suka cheese tak perlu letak slice cheddar cheese tu. Cukup sekadar tabur parmesan cheese tu je. Chili flakes ni aku letak untuk aku punya je sebab Lurviey tak boleh makan pedas. Jadi Lurviey dan Naura tak de chili flakes.
P/S: Hari hari pening kepala nak masak apa sebab tak boleh masak sembarangan. Hey, Selamat datang September !
13 Comment for "Cheesy Spicy Seafood Aglio Olio "
Sedap tu Aglio Olio tu, ada resepi senang. Naura dah suka tu, boleh buat selalu.
kak ret suka olio daripada pasta creamy2 yg sos putih tu.. ahaha tetiba lupa plak nama nya :D
Wah! Western pulak hari ni...
Saya pun kalu masak Aglio Olio, saya suka letak udang banyak-banyak... Tapi kalu takde udang, saya akan letak ikan tuna dalam tin..
simple je resepinyaa...
Dulu saya pun tak suka spaghetti aglio olio tu. Pelik tanpa sos macam tu. Tapi lepas cuba tersukalah pulak. lagi lagi letak cheese dan seafood macam ni lagilah sedap cerita dia. Mudah nak masak pun iye.
nampak menarik dan sedap
Pernah makan tapi tak kena dengan selera saya :')
Sedapnya... ni memang antara hidangan pasta kegemaran saya.
aduyai sedapnya pos sikit ke shah alam boleh hihi
Paling senang masak spaghetti la kan...x kisah la jenis apa...aglio olio pun best..letak cili flakes banyak2...
br je masak hari tu... udang x byk pun hentam sajalah sbb dh terasa nk mkn.. hihihihi
Cantiknya Cheesy Spicy Seafood Aglio Olio tu!
Anak bujang saya suka menu begini.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)