Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Hilangkan Stress Dengan Game Online Di Plays.Org

 Hilangkan Stress Dengan Game Online Di Plays.Org 

 

Assalamualaikum.. 

Tak dinafikan sejak pandemik melanda dan PKP di umumkan, dan terpaksa berkurung dirumah sahaja memang agak tertekan. Bila tertekan, kerja pun tak produktif. Walaupun aku kerja sendiri, sangat penting untuk aku memastikan diri aku sentiasa 'all out'. Jadi salah satu cara untuk aku hilangkan stress adalah dengan bermain game online di Plays.Org. Yang paling penting tak perlu download dan install dan tak de iklan pop up yang menggangu fokus untuk bermain. 

 

Kalau sebut je game online, semestinya pilihan aku jenis yang santai santai je. Terdapat banyak pilihan games di Plays.Org. Pilih je nak main yang mana satu. Percuma dan tak perlu nak register.

Games yang ada di Plays.Org ni sesuai untuk semua peringkat umur. Anak anak pun boleh main juga terutama games yang boleh buat mereka berfikir.  Games pilihan aku biasanya lebih kepada Education Games dan juga Classic Games.  

Zombie Typing


Kat Plays.Org ni aku suka main Zombie Typing sebab nak asah kemahiran taip laju laju. Bangga tau typing tanpa tengok keyboard pun. Kalau dulu kat rumah guna PC lama tu, mama selalu tegur, laju betul taip.

Bolehlah, sampai wave 11 je. Sambil menaip ni boleh juga tambah vocabulary dan juga spelling. 

3D Tangram 


 

Korang pernah main 3D Tangram tak? Aku suka main 3D Tangram ni sebab kena fikir macam mana nak susuh ikut bentuk dan jadikan bentuk yang diberikan. Contoh kat bawah ni rupa bentuk ayam. Tapi bagi aku ni level mudah dan walaupun mudah ambil masa juga nak selesaikan. 

Mahjong Solitaire


Kalau sebut mahjong ni bagi aku ianya permainan klasik sebab awal awal aku main game dulu pun memang main mahjong sebab mahjong je yang ada kat dalam PC selain permainan daun terup tu. Yang ni pun syok main dan memang ralit sangat main sampai tak sedar masa berlalu. Ada banyak jenis mahjong pula. Aku pilih yang mudah je. Kalau yang klasik betul tu susah bagi aku. 

MAIN GAMES ONLINE HILANGKAN STRESS? 


Bagi aku selain muzik, main games online juga boleh menghilangkan stress untuk aku. Bermain games bukan sahaja dapat menghilangkan stress tapi secara tidak langsung dapat membina kemahiran dan juga mengasah minda pemain. 

 

KENAPA PLAYS.ORG?

  • Terdapat lebih daripada 160 games menarik dan setiap minggu akan ada new games
  • Tidak perlu download dan install
  • Percuma ! Dan tak perlu sign up 
  • Bermain secara online

 

P/S: Nanti nak main Word Search pula 😁



4 Comment for "Hilangkan Stress Dengan Game Online Di Plays.Org "

Suka gak main educational game. Uji minda. Ralit kadang nak naik level punya pasal.

Saya mau cobaaa 😄. Selama ini gaming main juga, tapi download di HP. Kalau ada yang tak perlu di instal lagi senang kan. Tak perlu register juga . Permainan mahjong tuh saya tak ngerti lah kak hahahah rumit. Masih lebih suka Solitaire yg biasa 🤣

Mahjong tu perghhh. Saya tak pernah main haha nampak menarik eh

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top