Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Kek Red Velvet Baker's Cottage

 Kek Red Velvet Baker's Cottage 

Assalamualaikum... 

Kelmarin birthday Lurviey, dan minta Lurviey pilih kek mana yang dia nak. Aku bayarkan sahaja. Beli sendiri je la sebab aku jaga Naura. Tak boleh nak surprise macam zaman bujang di musim pandemik macam ni. Cukup surprise hadiah je la. Lurviey pilih kek Red Velvet.  Bulan lepas pun kami pilih kek Chocolate Cheese Mousse Cake untuk sambutan ulangtahun perkahwinan. Saja tukar selera cuba kek dari Baker's Cottage pula. 

Di sebabkan beli kek sendiri, tulis Happy Birthday je la. Oh ye, semua kek di Baker's Cottage rupanya biasa biasa sahaja tapi inshaAllah rasanya luar biasa. Jadi kalau korang mengharap kek kartun, atau kek warna warni meriah dengan dengan topper di atas kek ni, Baker's Cottage bukan tempatnya. 
 
 
Kalau nak dibandingkan dengan Chocolate Cheese Mousse Cake yang kami beli sebelum ni. Aku lebih prefer Red Velvet. Rasanya lembut, lembap dengan lapisan cream cheese and sour cream yang sangat sedap. Perfecto !  Harganya RM59.55 untuk kek berat 500g dan bagi aku murah dah ni jika nak dibandingkan dengan kek yang mama beli untuk sambut birthday Naura hari tu. Red Velvet mama belikan tu tak dinafikan memang cantik warnanya tapi rasanya kurang enak sebab bahagian atas kek tu krim manis lekat kat tekak. Terus out ! 


P/S:  Selagi tak habis kek ni, kecenderungan untuk makan kek jam 1 pagi tu tinggi. Inilah punca berat naik ni !


 

Tag : food
17 Comment for "Kek Red Velvet Baker's Cottage "

RV Baker's Cottage sedap! Saya suka. Pernah beli sepotong nak cuba rasa. ternyata enak sekali :)

bg kek pon dh memadai di musim pandemik ni..
walaupon tuannya beli sndiri.. hihik..

comel je keknya!

suka red velvet cake tp yg baker's cottage tk pernh rasa lagi

Hahaha kelakar ayat last.. betul tak suka juga makan kek topping banyak atas kek. Terlalu manis sampai lekat di tekak.

Happy belated birthday naniey!! Semoga panjang umur, murah rezeki dan happy selalu bersama keluarga

kek bakery ni memang sedap2 kan
dulu2 rajin besday je beli sini

nampak sedap la kek red velvet ni ,dah macam setanding kek di SR

Sayapun tak suka birthday cake yang terlalu macam2. Lebih suka classic birthday cake macam red Velvet nih, atau blackforest. Itu aja ... Cake lain biasa hanya icip dikiiit, trus dahlaah. Ga akan habis :D. Nampak sedaap red Velvet nih kak

setakat ni ammi rasa RV Baker's Cottage mmg plg best skali. Yang kat SR pun x sesedap BC

Happy belated birthdat Lurviey.
Red velvet cake memang sedap. Makan banyak pun tak rasa muak.

harga kek makin mahal skrg kira harga tu ok la masih berpatutan.. happy birthday buat Lurviey naniey

ok..nanti nak beli. dah berapa kali berkira kira nak beli tak jadi...

Happy belated birthday husband kak naniey. Moga moga sihat selalu.
Uishhh nampakk sedappp pulakk red velvet nya tuuu, biasa beli yang dekat SR je, not bad gakkk.

Nampak sedap kek red velvetnya, empunya diri yang beli segan kut nak letak nama ye.. Happy belated birthday buat Lurviey, moga sihat selalu dan dirahmati Allah swt selalu. Aameen.

Nampak sedaplah keknyaaa! Cara dia persembahkan red velvet pun nampak perghh wow gitu

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top