Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Kimchi Boleh Turunkan Berat Badan

Kimchi Boleh Turunkan Berat Badan | Khasiat Kimchi | Kebaikan Kimchi


Assalamualaikum  


Penggemar makanan korea mesti tahu apa kimchi. Aku tak pernah rasa lagi kimchi ni macam mana. Cuma ada tengok orang share dalam IG, FB kesedapan mereka menikmati kimchi. Setakat ni masih belum tergerak hati nak cuba lagi. Adakah rasanya pedas pedas masam? Komen sikit kalau korang pernah rasa kimchi ni macam mana? Takut nanti tak makan plak bila beli tapi teringin juga.  
 
Kimchi ni adalah campuran kubis yang dihiris nipis campur dengan bahan seperti garam, cuka, bawang putih, serbuk cili. Bahan dicampur dan digaul hingga sebati dan disimpan dalam balang dan diperam untuk jadikan jeruk atau acar.


Kimchi Elok Untuk Turunkan Berat Badan !


Kredit: Two Plaid Apron

Khasiat Kimchi. 

 
  1. Mengandungi Probiotik - Kimchi yang dijeruk ni ada bakteria baik untuk badan yang membantu pencernaan dan juga berfungsi melawan pelbagai jangkitan penyakit 
  2. Melambatkan Penuaan - Kimchi yang diperam selama dua minggu ni ada antioksidan yang mampu menyamarkan penuaan pada kulit. Kimchi ni boleh bantu menyihatkan kulit dan rambut serta mengurangkan kedutan pada wajah.
  3. Menurunkan Berat Badan - Di sebabkan kimchi ni ada bakteria baik, ianya juga boleh mengurangkan keinginan makan dan juga mengurangkan kadar gula dalam darah. Capsaicin yang ada dalam cili boleh meningkatkan kadar metabolisme. 
  4. Mencegah Kanser Perut - Kubis China dan lobak putih yang digunakan dalam Kimchi ada bahan isocyanate dan sulfide baik untuk menyingkirkan logam dalam hati, usus kecil dan buah pinggang. 
  5. Menurunkan Kolestrol - Bawang putih yang ada dalam kimchi mengandungi allicin dan selenium yang dapat membantu menurunkan kolestrol dalam darah dan juga mengurangkan risiko penyakit angin ahmar serta penyakit kardiovaskular.

No wonder la orang korea ni especially artis nampak muda, comel je kan. Makan kimchi la tu. Hehe.. Kimchi ni boleh makan dengan nasi panas atau dengan ramen.



P/S: Sebut makanan korea, aku teringin nak makan sup korea tapi tak tahu orang panggil apa. Selalu tengok kat drama korea. Nampak sedap betul.


Tag : food, khasiat
5 Comment for "Kimchi Boleh Turunkan Berat Badan "

Banyak betul khasiat kimchi ni. Saya makan cuit-cuit sikit tu retilah :)

Ammi makan Kimchi kalau ke Seoul Garden je dedolu. Lama jugak tak makan dah.

Sedap naniey.. Tak pedas, pedas manja je, ada masam, manis gitu

Saya suka makan kimchi. Suka makan bila dicampurkan dalam makanan lain lah macam maggi atau nasi goreng ke atau nasi putih. Makan macam tu je memang tak boleh masuk. Huhu

pernah sekali buat kimchi ni , sedap . boleh terima tekak jugak

Duluu saya suka makan kimchi, la ni saya rasa taste dia tak sesuai pulak utk saya yang melayu ni haha tiber. Rasa dia pedas masam masam. Baru tahu boleh turunkan berat badan. Nampaknya kena masukkan kimchi dalam list makanan turun berat badan ni

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top