Assalamualaikum...
Meja Murah Kat Shopee Bertukar Jadi Console Table | Dah lama aku nak console table tapi disebabkan PKP ni aku tak dapat la nak ke kedai perabot. Di sebabkan aku ada beli lagi satu diffuser baru untuk aku letak kat satu ruang berhampiran dengan meja makan, jadi aku memerlukan meja ala ala console table secepat mungkin.
Console Table : A console table is a table whose top surface is supported by corbels or brackets rather than by the usual four legs. It is thus similar to a supported shelf and is not designed to serve as a stand-alone surface. It is frequently used as pier table, to abut a pier wall. Wikipedia
Gigih aku mencari di shopee meja yang sesuai untuk aku jadikan console table. Dan akhirnya aku berpuas hati untuk membeli meja study ni sebagai console table sementara . Boleh la kan?
Ni la mejanya. Meja ni kalau korang nak buat study ok je tapi terlalu ringan dan tidak sesuai untuk letak komputer atau barang berat. Cara pemasangan meja ni pun mudah. Alhamdulillah walaupun tiada bubble wrap daripada seller, meja aku sampai dengan selamat. Kotak pun elok je. Nasib baik Naura tak datang usik meja ni. Cukup sekadar lalu kat meja tu cakap antekk (cantik) atau kadang kadang datang dan hidu bau angii (wangi) bila aku on diffuser tu.
Dengan harga RM68.75 termasuk penghantaran untuk decor rumah bajet di bawah RM100 ok la kan. Asalkan sedap mata memandang. Tunggu lepas PKP nanti boleh walk in kedai perabot cari console table idaman aku.
Cantik tak watermark baru aku? Lepas ni guna watermark ni je la. Simple dan cantik. Aku dapat daripada Blogger Azhafizah sempena Top 10 Komentator di blog beliau. Terima kasih buat Fizah dan semoga diperluas dan murah rezeki serta dipermudahkan segala urusan. Aamiin.
P/S: Banyak parcel sampai semalam tapi malas betul aku nak turun ambil kat bawah. Paling tak sabar aku nak unboxing, parcel daripada Kak Ret danUyum !
13 Comment for "Meja Murah Kat Shopee Bertukar Jadi Console Table "
simple dan chantek je meja tuu., ;p
cute mejanya!
Bagus gak idea tu buat console table. Jenis kaki meja terkepak macam tu sesuai untuk guna laptop okaylah ringan sikit kan. Sesuai gak untuk console table. Cantik sebab dia tak lebar sangat. Memanjang tu okay dah.
Wahh dah guna untuk watermark ye. Sama sama kasih Naniey. Terima kasih sudi terima dan untuk entri ni juga :)
Cantik rekaan meja tu.
Tahniah, Naniey terima hadiah daripada kawan-kawan blogger.
comel meja kecil macam ni :)
Simple design
Canmel (cantik + comel)
meja tu nmpk simple mmg sesuai dah tu!
watermark tu pun nice kan...!
cantik jd console table! =)
duk lalu lalang jgk meja ni kat shopee..
aritu teringin nk beli tp xjd..
last2 beli meja lain..
hihi
Menarik la...akak kat rumah pun blom ada console table ni..kena ada ni
Cantikk mejanya, tapi mengenangkan kak naniey cakap tak boleh letak barang berat, cancel nak survey hehehe. Watermark tu cantiikkkkk! Saya pun lepas ni, guna yang kak fiza bagi tu aje. Senang hahaha.
Meja tu kelihatan sangat cantik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Lepastu memang nampak mcm wah wah gitu
nampak minimalist sangat meja tu .
cantik
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)