Mencuba Malaysia Street Coffee Di Kodai Koffe
Assalamualaikum
Dua minggu lepas aku mencuba latte di Kodai Koffe. Sebelum tu aku pernah nampak di facebook tentang Kodai Koffe ni. Jadi teringin la nak mencuba sebab ada Caramel Latte. Kodai Koffe ni kedai tepi jalan tapi ada kat banyak tempat. Selain KL dan Selangor, Kodai Koffe ni ada juga di Negeri Sembilan, Melaka. Tempat aku beli ni area Danau Kota Setapak berhadapan dengan Brotherhood Gym & Fitness Centre.
Menurut Kodai Koffe menu popular mereka adalah Caramel, Hazelnut dan Kesuma. Ada banyak menu kat sini tapi aku cuba dua je iaitu Caramel Latte dan Hazelnut Latte.
Antara menu yang ada di Kodai Koffe. Lain kali aku nak cuba Choc Asmara pula.
Nampak sedap kan? Sedap ke tidak?
Hazelnut Latte, semestinya dengan aroma Hazelnut yang wangi. Rasanya sedap manis manis pahit gitu dan yang penting baunya tidak lah 'keras' sangat jadi boleh la minum tanpa rasa pening. Harganya RM7.
Lokasi Kodai Koffe
- Petron Gangsa Height, Melaka
- Taman Bolton, Gombak
- Kota Warisan, Sepang
- Danau Kota, Setapak
- Merlimau, Melaka
- Sendayan, Negeri Sembilan
- Pekan Lama Sg Besi, KL
- Bandar Tasik Permaisuri, KL
- Puchong Permai, Selangor
- USJ 14, Selangor
Korang yang berada berhampiran dengan lokasi Kodai Koffe ni bolehlah mencuba kopi mereka jika berminat.
P/S: Merangkak aku ke blog korang. Still recovering cari semangat ni. Nak masak pun tak larat tapi nak beli kat luar bukan kenyang pun.
11 Comment for "Mencuba Malaysia Street Coffee Di Kodai Koffe "
logo dia sangat internatinalle!
skarang ramai yg jual kopi pelbagai pilihan...ada murah ada yg mahal..peminat kopi pasti suka..tk bole sgt minum kopi sbb nanti tk bole tido
Dah banyak sekarang muncul gerai kopi hipster. macam macam nama ada. belum pernah dengar lagi kodai koffe ni. Kalau minuman kopi macam ni mesti sedap. Kalau saya mesti nak cuba hazelnut tu.
selalu lalu situ teringin nak cuba tapi parking ssh nya hahaha...
mesti terlpeas je .. tgk la wiken2 nanti nak try jgk
fuhh bestnya layan kopi..
sy pon suka hazelnut latte..
kat sni pon byk je kedai jual kopi camni..
support local bisnes!
sedapnya naniey..shida pun suka kopi ^_^
sep sket coffee lover. sedap tu Caramel Latte
Dengar nama kedai Kodai Koffee ni bunyi macam ala ala negeri sembilan. Btw saya coffee lover juga hehe
Nanti uncle cari lah! Nampak sedap!
Nama ala nogori hehehe.. nampak mcm sedap 2 2 flavour ni
eh ehh mcm dkt je dgn lokasi sy tu boleh try nnt
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)