Pertama Kali Makan KFry Urban Korea
Assalamualaikum...
Semalam mama ajak makan KFry tapi memandangkan aku dan Lurviey tak fully vaccinated lagi, tapau makan kat rumah. Makan makan KFry sebelum adik ipar gerak ke Ireland. Tak silap aku 2 tahun juga dia akan bekerja kat sana. Aku tak pernah makan makanan Korea ni. Yang aku selalu tengok ayam spicy tu la tapi tak pernah cuba .
Makan kat rumah jadi kena la la balut ayam cheese sendiri. Cheese dia sedap tak macam cheese biasa.
Fries ni mama cakap kena gaul sekali dengan daging tu tapi sebab nak bagi Naura makan fries tu mama minta asingkan daging tu.
Yang ni macam korean pancake. Apa ntah namanya. Aku dah lupa mama bagitau semalam. Rasanya sedap tapi macam cekodok versi leper gini.
Yang ni namanya Japchae. Sedap la juga
Waffle ni aku kurang suka sebab manisnya tak kena dengan tekak aku.
Yang ni aku tak rasa semalam. Lupa pula.
Ayam korea pedas ni boleh tahan la. Rasanya sedap dan pedasnya hanya kat lidah. Bagi aku tak cukup seksa pun pedasnya sebab sekejap je dah hilang rasa pedas kat lidah. Pedas lagi Maggi Pedas Giler tu ! Bagi aku la.
Yang ni pula hashbrown mini size gitu. Aku tak tahu la apa nama menu ni kat KFry.
Sedap Ke KFry ?
Bagi aku KFry bukan untuk tekak dan perut aku. Nasib baik la makan ramai ramai jadi boleh rasa semua. Harga semua ni pun almost RM200 tidak termasuk air dan disponsor oleh Mama.
P/S: Lepas vaksin ni perut aku selalu lapar. Pukul 1 pagi pun lapar lagi. Parah !!
9 Comment for "Pertama Kali Makan KFry Urban Korea "
Ammi tak pernah makan kat kedai2 Korea sbb suami ammi mcm tak yakin. Kita follow jelah..redha dalam pasrah gitu
wow..menu nampak sedap2 belaka naniey..terliurr hahaaa
Tak pernah makan di KFry. Tengok ayam balut cheese tu yang menarik tu. Okaylah kalau cheese dia sedap bukan biasa biasa. Macam macam menu ada, menarik. Banyak yang tak pernah makan lagi. Ayam Korea pedas je lah kot pernah rasa. Semoga murah rezeki mama belanja meraikan adik pergi oversea. Aaminn...
Lempeng tu macam cekodok ye,KFry banyak letak sesame. Nampak sedap semua, meriah ada mama.
OK, yang ni uncle tak pernah cuba!
mknan korea sume nmpk menyelerakan.. tp xpernah try.. xtau la kena ngn tekak ke x.. haha..
japchae tu nmpk menggoda betol..
Pancake Korea tuh namanya pajeon kak :). Kita samaaa nih kayaknya, tak bisa makan manis. Saya lebih suka yang spicy savoury daripada manis-manis. Icip dikiiit ja bolehlaaah. Tapi langsung mual kalo harus habiskan semua :D. Jadi kalo Korean food gini, saya pasti pilih yang non-sweet
KFry memang sedap, saya tetiba rindu rice ball diorang. Tapi KFry ni pricey kalau nak makan selalu haha
semuanya nampak sedap. tp mn sy nk cari KFry kt tmpt sy ni hehehhe
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)