Pokok Bunga Tiga Bulan Siti Zubaidah
Assalamualaikum...
Bagi penggemar pasti tahu pokok Siti Zubaidah ni. Masa call cakap dengan mama, mama ada bagitau yang mama dah lama cari pokok bunga tiga bulan atau pokok Siti Zubaidah ni, sebab kat nursery mama selalu pergi tak de jual. Jadi aku pun bukak shopee carikan untuk mama. Aku kurang gemar pokok berbunga ni dan lebih suka pokok jenis berdaun sahaja. Mungkin juga sebab aku Type A person. Korang Type A or Type B?
Pokok Bunga Tiga Bulan ialah spesies Hydrangea yang berasal dari negara Jepun. Ia ditanam secara meluas di banyak negara lain di dunia dan dalam pelbagai iklim. Di Malaysia, pokok ini juga dikenali sebagai Pokok Bunga Siti Zubaidah.[1]
Seperti biasa bila nak buat pembelian di shopee haruslah tengok rating dulu sebab nak pastikan pokok yang dibeli sampai dengan selamat. Keistimewaan
bunga ini ialah ia mengambil masa selama tiga bulan untuk mekar
sepenuhnya dan warnanya akan bertukar-tukar sepanjang masa tersebut. Sebab tu dipanggil pokok tiga bulan, cuma tang Siti Zubaidah tu tak tahu daripada mana datangnya.
Tak sangka anak pokok yang aku beli ni agak besar juga. Pokok tumbuhan hijau ungu tu sengaja aku beli dan minta mama tanam dan repot. Nanti bila balik kampung nanti boleh la aku ambil dan bawa balik kat rumah aku. Pokok pokok ni la yang terapi mama yang kesunyian kat rumah tu, sebab papa sakit terlantar. Yang mampu aku buat beli pokok apa yang mama sebut masa call walaupun mama tak suruh beli pun.
Ni gambar minggu lepas mama hantar kat aku, tunjuk pokok bunga Siti Zubaidah ni dah berbunga. Jap.. Jap...
Bunganya boleh berwarna putih, atau dalam julat biru ke ungu ke merah muda bergantung kepada pH tanah; Dalam tanah yang lebih berasid bunganya akan berwarna biru, manakala tanah beralkali akan menghasilkan bunga merah muda. Jenis bunga putih tidak bertukar warna. - Wikipedia
So maknanya tak bertukar warna ke, macam mana ni? Tunggu dan lihat je la nanti ye.
Pokok Bunga Siti Zubaidah Tumbuhan Beracun Jika Terkena Getahnya
Cantik dan sedap mata memandang, rupanya tumbuhan beracun. Peminat bunga perlu tahu bahawa bahagian tumbuhan ini terutama cecair atau
getahnya mengandungi hydrangin (sejenis bahan sianogenik glikosid),
febrifugine, hydrangenol dan loganin. Bahan
kimia ini boleh menyebabkan rasa loya, sakit perut, muntah-muntah,
cirit birit, lemah otot, sawan, koma dan kematian bergantung kepada
kuantiti yang terdedah.
Peminat
bunga ini perlu berhati-hati mengendalikannya terutama sekali jauhkan
daripada capaian kanak-kanak dan juga haiwan peliharaan. Pakai sarung
tangan ketika mengendalikan tumbuhan ini dan cuci tangan dan pakaian
selepas itu. - Pusat Racun Negara.
Kalau ada yang tanam pokok ni tak perlu la buang sebab ianya beracun jika terkena getahnya. Sebab tu disarankan bila nak berkebun kena pakai sarung tangan. Kalau tumbuhan tak beracun pun, perlu diingat bahawa tanah juga mengandungi bakteria dan fungus yang berbahaya.
Kredit : Fazlisyam |
Minggu lalu aku order pokok bunga Hoya untuk mama. Sebelum ni mama ada bagitau cantiknya bunga Hoya ni. Macam mana pula la rupanya sebab aku tak pernah dengar. Mama kata bunganya tergantung terbalik. Then aku check kat shopee tak jumpa pula. Lepas tu mama cakap kat shopee mahal. Tengok kat Lazada. Wah..wah.. Dah pandai tengok pokok kat Lazada dah mama sekarang. Hehe.. Rindunya Ya Allah.. Tak sabar nak balik kampung. ðŸ˜
P/S: Selamat pulang ke kampung halaman buat korang yang kampung hanya merentas daerah. Semoga berbahagia dengan keluarga sebab lama tak jumpa kan..
Tag :
gardening
11 Comment for "Pokok Bunga Tiga Bulan Siti Zubaidah "
Hati2 dengan getahnya tu....
MashaAllah cantiknya bunga purplish tu kan. Tula suka bunga tapi tak tahu nama. Tentu mama naniey happy dapat nanti.
Saya jenis type A kot suka jenis pokok berdaun. Kadang suka gak jenis berbunga. kalau beli kat shopee memang baca review dan tengok rating dulu. dah yakin baru membeli.
Mak saya pun ada tanam pokok hydragae ni. tapi selalu nampak warna biru jelah. Saya ada buat entry info tentang bunga hydragae dan perubahan warna tu.
Ada pernah nmpk pokok bunga ni tp x pernah amek tahu nama nya...
Ohh ada jenis dia jugak eh, saya rasa saya Type A jugak sebab suka jenis berdaun hehehe. Cantikkkk pokok bunganya! Warna dia tuuuu cantikkk.
Puas hati tanam sebab bunganya tahan lama
bunga cantik secantik namanya siti. zubaidah
akak. suka yg kaler pepel
Baru tahu pokok ni dipanggil pokok Siti Zubaidah. Saya berkenan tengok bunganya.
Suka pokok bunga ni...cantik..hydragea kalau x salah nama dia...
lebatnya berbunga, memang naik seri halaman rumah
Saya type B lah kot kan ,. sebab saya suka bunga bunga. Tetapi saya tertarik dgn nama bunga ni Siti Zubaidah. Perghhhh .
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)