Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Review Netflix Mini Series : Clickbait (2021)

 Assalamualaikum .. 

Review Netflix Mini Series : Clickbait (2021) | Tak sangka aku terjebak dengan mini series kat Netflix. Di sebabkan ramai yang recommend kat facebook dan juga hanya 8 episod sahaja, aku gagahkan juga tengok. Aku jarang sangat nak tengok drama berepisod ni sebab jenis tak sabar nak tahu ending. 


 Sinopsis 

When family man Nick Brewer is abducted in a crime with a sinister online twist, those closest to him race to uncover who is behind it and why.


Pia adik Nick Brewer melihat video tanpa sengaja ketika sedang treat patient sangat terkejut dan terus bergegas cari Sophie untuk bertanya akan video Nick memegang sepanduk At 5 Million Views I Die dan mendapatkan kepastian akan keberadaan Nick Brewer. 

Laporan polis dibuat dan mereka mencari di mana Nick sehinggalah mereka jumpa Nick ditemui  mati. Penyiasatan masih berjalan untuk mencari siapakah pembunuh Nick Brewer. Terdapat beberapa klu yang mereka temui di mana Nick  mempunyai akaun dating site dengan nama Danny Walters yang berhubung dengan beberapa orang wanita. 

Sebenarnya Nick tak pernah pun berhubungan dengan wanita berkenaan dan tidak pernah ada akaun atas nama Danny Walters. Gambar Nick telah dicuri dan juga disunting dan di salah gunakan oleh seseorang. Kecurian identiti ini menyebabkan Nick terbunuh. 

Siapakah sebenarnya yang telah mencuri gambar Nick Brewer ? Apakah tujuannya? Korang kena tengoklah. Kali ni tak de spoiler alert tapi memang tak sangka langsung yang pembunuhnya adalah... 

Kecurian Identiti Di Malaysia 

Sejak beberapa tahun lepas, data-data menunjukkan kes kecurian atau penyelewengan identiti ini meningkat secara ketara. Kecurian identiti adalah antara lima kaedah jenayah kewangan dalam talian yang paling ketara.

Perbuatan lain adalah 'phishing' atau mencuri maklumat penting dalam talian dengan menggunakan e-mel palsu, sistem pesanan ringkas (SMS) atau laman web; 'malware' atau virus bahaya yang bertujuan meneliti data dan merosakkan peranti; penggubahan wang haram - pemindahan dana diseleweng ke akaun tidak dikenali serta kaedah kad iaitu menggunakan kad kredit dicuri bagi tujuan dan aktiviti jahat - Bernama. 

Laporan diterima CSM melalui pusat bantuan Cyber999 diklasifikasikan kepada sembilan kategori iaitu spam, percubaan pencerobohan, penafian perkhidmatan, penipuan, gangguan siber, laporan kerentanan, kod jahat, berkaitan kandungan dan pencerobohan.

Sepanjang empat bulan pertama tahun ini, 3,647 laporan insiden keselamatan siber diterima, manakala statistik selama empat tahun bermula 2017 merekodkan 40,187 insiden iaitu 10,790 kes (2020); 10,772 (2019); 10,699 (2018) dan 6,926 (2017).

Untuk empat bulan pertama tahun ini, insiden tertinggi dilaporkan berkaitan penipuan dalam talian (fraud), diikuti pencerobohan, kod jahat dan gangguan siber - Berita Harian May 2021. 


P/S: Antara perkara yang paling menakutkan adalah kecurian identiti. Curi gambar dan jadi scammer !



 

3 Comment for "Review Netflix Mini Series : Clickbait (2021) "

Bila dah terjebak memang payah nak stop. Kalau cerita best tu yang syok layan tu kan.

Memang sangat menakutkan kalau kecurian identiti.
Tak dapat bayangkan macamana penyelesaiannya.

Lahhh series ke, saya ingatkan movie. Baru masuk waiting list, tak tengok lagi sebab tengah habiskan korean drama D.P. Nanti boleh tengok la lepas habis D.P. ni, nasib baik sikit je episodenya.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top