Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Sambal Tumis Telur Puyuh

Sambal Tumis Telur Puyuh 

 

Assalamualaikum... 

Semalam badan betul betul lemah, lemau. Rasa macam demotivated dan tak bersemangat. Malam pun tidur awal sebab penat sangat rasa badan. Sekarang rasa lebih baik daripada pagi tadi tapi masih lagi rasa lemah. Adakah effect vaksin? Yang paling tak boleh tolerate perut asyik lapar je. Dah macam nak gastrik pula. Aku gastrik pun masa pregnant je sebab tak boleh masuk makanan. Sekarang ni perut asyik kena isi je. Angin lapar manjang 😠

 


Resepi Sambal Tumis Telur Puyuh 

 

Bahan bahan

  • Telur puyuh siap rebus dan goreng 
  • Bawang besar hiris
  • Bawang merah tumbuk
  • Bawang putih tumbuk
  • Cili kering kisar 
  • Air asam jawa
  • Kiub ikan bilis
  • Gula nise
  • Sedikit minyak 

Cara-caranya 

  1. Tumis bawang besar yang dihiris sehingga layu kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk serta cili kering kisar. Kacau sehingga pecah minyak.
  2. Bila dah pecah minyak, masukkan air asam jawa, masukkan kiub ikan bilis dan juga gula nise. 
  3. Gaul rata dan rasa. 
  4. Jika dah cukup rasa boleh masukkan telur yang siap digoreng tadi. Siap ! 

 

Beginilah cara aku masak sambal. Biasanya akan tumis bawang besar dulu sebelum masuk bahan tumbuk atau kisar. Ikut cara Che Nom.  Gula nise tu kalau dapat yang pure memang sedap tau sambal dan juga cantik warna sambal. Kalau kena yang gula nise banyak gula memang tak sedap.

Hari ni tak tahu dah berapa banyak aku makan sebab perut asyik lapar dan berangin. Aku rasa siapa yang gastrik tau kot macam mana rasanya bila perut tak diisi dan mula la perut meragam semacam. Aku tak de gastik dan sebelum ni pun aku tak breakfast ok je. Makan lambat pun ok je. Tapi lepas vaksin jadi macam ni. Badan pun masih penat lagi rasa walaupun tak buat kerja mana pun. Semalam aku rest je sampai entri pun tak de. 


P/S: Order pizza je malam ni. Tengok perut boleh terima tak.


Tag : resepi
14 Comment for "Sambal Tumis Telur Puyuh "

sedap nampak sambal tumis telur puyuh tu, bru jgk mkn telur puyuh baru2 ni..

Kemungkinan efek tapi tak pasti. Mudah-mudahan tiada apa-apa InshaAllah.

Menyelerakan sambal burung puyuh, lama tak makan.

Biasa makan telur puyuh rebus je Naniey. Hehe. Tapi, Fiza rasa lagi sedap kalau buat sambal macam Naniey... Sebabnya telur puyuh pun rasanya lebih kurang macam telur ayam jugak.

Sedapnya sambal telur puyuh. Cuma jarang beli telur puyuh sebab husband tak makan.

Agaknya efek vaksin perut sentiasa lapar je. Semoga cepat OK naniey.

Salam ziarah..jarang makan telur puuh ni..nak cuba nanti resipi ni

Kak naniey, hope you get well soon Yaa... ;)

Sedaap liat telur puyuh sambalnya. Tapi saya lupa arti gula nise. Ini palm sugar kah maksudnya?

lain org lain effectnya.. mngkin la effect vaksin..
insyaAllah baik2 je.. =)

Kalau beli telur puyuh , memang wajib akan buat sambal

lama tak mkn telur kecik2 comel ni
sedappp kan buat sambal tu

saya rasa lapar tu sebab vaksin tu . Ramai gitu lepas vaksin. Yes kalau gastrik perut nak berbunyii je geram dibuatnya

sedapnyaaaa ni yg rs nk cari telur puyuh blk keje nnt hehehe

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top