Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Sayur Campur Berkuah Campak Campak

 Sayur Campur Berkuah Campak Campak 


Assalamualaikum.. 

Lunch hari ni simple sahaja. Sayur campur campak campak guna sayur yang ada je dan ayam panggang. Esok baru Lurviey keluar cari lauk pauk. Aku tak sabar nak buat tomyam guna pes baru aku beli. Kali ni cuba yang lain pula. 

Resepi Sayur Campur Berkuah Sedap Dan Mudah  


Bahan-bahan

  • Bawang putih -hiris
  • Bawang merah - hiris
  • Lobak
  • Kubis
  • Udang 
  • Sos Tiram
  • Air 
  • Sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air
  • Sedikit minyak

Baca: Khasiat Dalam Brokoli

 Cara-caranya 

  1. Tumis bawang putih dan merah hingga naik bau, kemudian masukkan udang kacau sekejap
  2. Masukkan air dan sos tiram. 
  3. Masukkan kubis dan lobak, gaul rata sehingga mendidih
  4. Kemudian masukkan sedikit tepung jagung yang telah dibancuh untuk memekatkan kuah. 
  5. Siap ! 

Kalau nak pedas boleh letak hirisan lada semasa tumis bawang.  Biasanya sayur campur macam ni memang tak pedas. Kalau ada brokoli, bunga kubis, lada benggala lagi sedap. Alhamdulillah rezeki hari ni. 


P/S: Teringin nak hirup hirup tapi sayur dah habis.



Tag : resepi
9 Comment for "Sayur Campur Berkuah Campak Campak "

husband ammi kalau turn dia memasak memang suka masak macam ni. pastu dia siap bawak mangkuk kecik dia kat meja. dok meratah sayur dgn sup

kalau uncle yang campak2... tak jadinya macam ni.... hehe

Campak-campak begini yang sedap makan jadi bertambah hehehe

Sedap sayur campur. Campak campak je mana sayur dan rencah yang ada. Kadang ratah sayur dan udang tu pun kenyang dah :)

Campak campak punnn tetapp sedappp! Janji kenyang kann kak naniey hehehe

Sayur campur campak campak gini saya suka. Sedap pun sedap. Makan dengan nasi pun dah sedap sgt dah

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top