Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Cucur Udang Rangup Taman Setapak Indah

 Cucur Udang Rangup Taman Setapak Indah

 

Assalamualaikum... 

Hari tu masa beli cakoi Pak Wan aku nampak kedai baru kat sebelah cakoi ni jual cucur udang rangup. Cantik pula kejadiannya. Kelmarin dulu, aku tak larat nak masak jadi Lurviey keluar cari makan kat area Setapak Indah dan aku minta Lurviey belikan cucur udang tu. Teringin pula. 

Ni la gerainya. Warna kuning juga sama macam Pak Wan Cakoi tu. Boleh la singgah beli kalau korang lalu area sini. 

Suka tengok bentuk cucur udangnya.. Sama saiz semuanya.. Harga RM1 seketul. Bagi aku macam mahal la sikit, tapi mungkin sebab udang kan. Susah nak jumpa yang harga RM0.50 sekarang ni. Lurviey belikan 3 ketul. Cukup untuk lepaskan keinginan tekak aku. Lagipun Lurviey tak makan cucur ni sebab cucur macam ni biasanya berminyak. Rata rata yang aku beli cucur ni memang 'makan minyak'

Ada 2 kuah, kuah kacang dan sos pencicah. Alhamdulillah dua dua sedap dan craving satisfied ! Hehe..

 

Lama betul cuti tak blogwalking. Macam aku bagitau sebelum ni badan lemah, lemau tak larat. Usahkan nak blogwalking, tugas hakiki pun aku tak mampu buat. Bukan effect vaksin tapi 'morning sickness'.  Masak dan makan lauk pauk pun tak boleh. Aku boleh makan sayur dengan sambal hitam je. Nasiba baik ada sambal hitam. Mengadap la beberapa bulan ni. Vaksin dose kedua terpaksa aku tangguh dulu dan tak dapat la nak balik kampung dalam masa terdekat ni.  Sedih betul dah la rindu mama papa ni.


Anda ada masalah kerosakan phone? Chamo boleh bantu selesaikan masalah anda. Boleh ke  https://chamo.my di Seri Kembangan

Untuk maklumat lanjut, berikut adalah details Chamo: 
Chamo
017-282 8089
118-1, Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil, 43300 Seri Kembangan, Selangor


P/S: Dengan ini aku akan mengengsot ke blog korang. Bukan lari atau jalan macam dulu lagi. Mengengsot ye.. 

 




Tag : food
16 Comment for "Cucur Udang Rangup Taman Setapak Indah"

Memang cantik betul kejadian cucur udang ni. Sekarang harga kuih pun dah mahal. kalau saya makan kuih makan minyak ni boleh jadi pening kepala makan banyak. Beli sikit sekadar merasa okaylah kan.

Bukan effect vaksin tapi preggy rupanya. Alhamdulillah, tahniah naniey! Take care ye. Sabar ye naniey. Kalau mak ayah dah lengkap vaksin boleh jengah melawat naniey.

Sedapnya lahai Naniey. Nak² buat minum petang. Huhu...

sedap je nmpk cucur udang..
kalo sy mkn ngn sos je reti.. haha

oo morning sickness rupanya.. =')

sedapnya makan cucur udang dengan kuah kacang :)

Aduhai, geram betul tengok cucur udang tu. Saya suka beli kuih udang yang ada dua kuah begini. Kadang-kadang peniaga hanya sediakan satu jenis kuah sahaja.

Hamboi udang dia timbul seketul-seketul atas cucur tu menggoda betul. Tapi tak pernah jumpa lagi kat area kampung di Kelantan ni. Sini banyak cucur sayur je agaknya huhu

Wah......yeay..tahniah...cuma mesti taka larat dengan morning sickness kan...sedapnya tengok cucur udang tu..weekend ni nak buat la...

Wow rare cucur udang cmni..dh jrg nk jumpa naniey!

tahniahhhh
nmpk sedapp cucur udang ,akak suka kalau ada kuah kacang tu
blh try ke setapak ni he hee

Sedap betul cucur udang tu, Kak naniey buat kita craving lah. kena cari kat kawasan rumah ini. Sebab buat memang tidak lah. hahahhaa

Alhamdulillah, kak Naniey pregnant. Semoga zuriat berada dalam keadaan baik, sihat walafiat, dan semoga kesihatan Kak Naniey juga baik .

tahniah awak...semoga ibu & anak dalam keadaan yg baik. layan je dulu morning sickness tu

Alaaa... janganla mengesot. Pecut terus!

hehe

semoga kenbali cergas dan bertenaga semula.

jom amalkan gaya hidup sihat

Debab-debab cucurnya yer. Terliur tengok.

favourite mama ni cucur udang. sedap nampaknya tu

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top