Result HbA1c Dah Keluar
Assalamualaikum...
Ingat tak last check up aku kena buat ujian HbA1c last check up? Perkara yang paling mendebarkan adalah nak tengok result test tu. Sumpah aku risau sebab macam aku bagitau sebelum ni, pregnant kali ni memang aku tak rancang pun sebab aku baru sahaja stop cucuk depo dan period aku pun memang tak menentu. Kononnya hajat dihati nak betulkan period dulu, nak workout bagi kurus balik dek kerana kesan sampingan depo yang menyebabkan berat aku naik tapi dah namanya rezeki, mengandung juga walaupun period aku tak teratur.
Apa tu ujian HbA1c?
Ujian hemoglobin A1c (HbA1c, A1C, or Hb1c) digunakan untuk menentukan purata kepekatan glukosa dalam plasma darah. Hemoglobin merupakan protein dalam sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh. HbA1c terbentuk apabila glukosa bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membentuk glycated haemoglobin.
Dalam erti kata mudah doktor nak tau sama ada aku ada diabetis or tak sebelum pregnant ni. Aku risau juga sebab yang pertama, aku memang tak rancang nak mengandung dalam masa terdekat ni dan yang kedua setiap hari aku minum at least 2-3 gelas kopi. Seminggu sebelum check up minggu ni aku dah risau apa la keputusan aku. Takut la aku ada kencing manis sebab sebelum mengandung memang aku pernah check BSP kat farmasi dan normal tapi doktor ada bagitau nak lagi accurate untuk tahu ada kencing manis or tak kena buat ujian HbA1c ni.
Kredit: Portal MyHealth |
Alhamdulillah result aku normal ! Syukur sangat. Tapi tetap kena minum air guna 6 minggu selepas beranak nanti kata doktor sebab takut nanti melekat pula kencing manis ni selepas beranak nanti. Jadi pemakanan tetap kena jaga sepanjang tempoh pregnant ni walaupun susah aku nak kawal cara aku makan sekarang ni.
P/S:
9 Comment for "Result HbA1c Dah Keluar "
Alhamdulillah result okay. Lepas ni kena jaga pemakanan pulak lah. Susah juga masa mengandung ni kalau mengidam macam-macam. Kena kuat semangat ni nak jaga pemakanan.
uncle pun cadang nak Workout juga.... :D
alhamdulillah.. =)
Alhamdulilah semoga sepanjang pregnnt ni, sihat2 aje k :)
Semoga yang baik- baik aje buat naniey ye..
alhamdulillah result ok tu
Alhamdulillah, result okey. Jaga diri baik-baik ya, Naniey.
Alhamdulillah
Allah kurniakan rezeki lagi
Semoga lepas bersalin nanti back to normal..pasni control kopi tu ye
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)