Bila Anak Demam Mak Terus Jadi Supermak
Assalamualaikum...
Bila anak demam mak mak la orang pertama yang susah hati sampai lupa nak makan minum tidur semua tu. Tengah sakit tak larat pun automatik jadi sihat dan jadi supermak!
Khamis lepas Naura demam petang hari selepas bangun tidur. Aku dan Lurviey syak dia demam berpunca daripada selipar yang dia pakai tu dia letak kat pipi. Boleh pula dia panggil aku 'mommy mommy' sambil letak selipar kat pipi. Naura memang jenis sensitif sangat dengan benda benda kotor dan mudah naik tonsil. Bila tonsil confirm demam ! ðŸ˜
Petang bangun tidur, aku dah siapkan spagetti carbonara sebab dia bagitau nak makan spagetti 'sup white' . Aku dah siap masak semua tetiba dia cakap dia cakap perut dan nangis. Aku pegang badan dia panas. Confirm demam! Terus ajak Lurviey pergi Klinik Sulaiman sebelum maghrib. Jumpa doktor dapatlah ubat demam, ubat sakit perut dan antibiotik.
Balik rumah satu lagi masalah terbesar bagi mak mak macam aku ni iaitu nak suapkan ubat. Tips tips parenting tentang cara nak bagi anak makan ubat dengan mudah semua tak boleh digunapakai untuk anak aku. Terpaksa guna cara kejam dengan paksa makan ubat. Tu pun susah sebab dia dan pandai buang dan juga muntahkan semula.
BUAT TEPID SPONGING UNTUK TURUNKAN SUHU ANAK.
Disclaimer: Tepid sponging sahaja tidak membantu menyembuhkan dan juga menurukan suhu badan.
Aku mengantuk gila dan penat tapi tak boleh nak rest atau lelap mata sebab aku memang takut sangat bila Naura demam. Sepanjang tengah malam sampai Subuh aku buat tepid sponging kat Naura untuk pastikan suhu dia turun. Alhamdulillah turun sikit tapi masih demam. Jadi aku boleh solat Subuh dengan tenang jap. Lepas solat Subuh aku check suhu dia 38.4. Aku kalau dah cecah 38 aku jadi risau dan takut.. Sebabnya boleh baca kat SINI.
Paksa dia makan ubat dan kemudian dia tidur. Aku masak jap lepas tu dia bangun main macam biasa dan sepahkan rumah macam biasa. Masih demam tapi Alhamdulillah dia aktif. Then dia makan pun tak banyak sangat sebab tekak tak sedap. Minta ais krim, aku bagi vanilla ais krim tapi dia makan sikit je dan tak habiskan seperti biasa. Vanilla ais krim bagus jika anak anak demam dan ada tonsil. Doktor memang bagitau boleh bagi aiskrim untuk legakan tonsil tu.
Naura muntah dan aku memang panik la sikit sebab asyik muntah je kan bila makan. Nak bagi ubat lagi la susah. Lepas bagi antibiotik terus dia tidur. Jadi masa dia tidur ni memang mudah sikit aku buat tepid sponging sebab kesan antibiotik tu lagi kuat daripada ubat demam tu. Kalau ubat demam tu memang dia tidur tidur ayam je dan nak buat tepid sponging pun berperang juga sebab dia tak bagi letak kat leher dan celah ketiak dia.
Alhamdulillah petang suhu dan kebah dan Naura dah tak demam. Aku masih pantau sampai malam da getting better dan aku bagi sekali lagi ubat demam dan lagi sekali dia muntahkan sekali dengan makanan yang dia makan malam tu. Pening mommy...
Bangun pagi dia cakap sakit perut dan aku syak perut sakit sebab lapar. Dia muntah semalam (Jumaat) tu memang jadi takut nak makan. Setiap kali makan dia muntah, dan makan lagi muntah lagi. Aku dah nangis dah sebab risau dan takut dan pada masa yang sama aku paksa dia makan tapi dia tak nak makan sebab takut muntah. Aku tengok muka dia pun macam lemah sangat. Lepas tu aku masak sup ayam dan buat pasta. Dia hirup sup ayam tu banyak sangat aku rasa lebih kurang 4 mangkuk sup ayam dia hirup kuah sahaja. Lepas tu baru dia makan pasta. Makan pasta pun menambah. Aku dah lega, syukur Alhamdulillah tengok dia dah makan macam biasa dan lepas tu main sepahkan rumah. Demam dah kebah jadi antibiotik sahaja wajib kena bagi.
Masa di klinik selepas check up. Demam macam ni pun sibuk ajak pergi mall ye.. |
Hari ni (Isnin) aku perasan tadi dia ada batuk sikit dan macam nak selsema. Lagi sekali aku risau. Naura dari lahir memang tak pernah batuk. Syukur Alhamdulillah sangat. Selsema pun ada sekali je kot tu pun sekejap je. Aku harap batuk dia tu sekadar tekak gatal nak baik dan tak melarat. Doakan Naura sembuh sepenuhnya.
P/S: Biasanya aku pergi WCHKL bila Naura demam tapi sejak Covid ni memang aku elakkan ke sana dan kalau waktu siang pergi ke WCHKL dorang akan minta pergi ke KK Titiwangsa situ. Malam sahaja baru boleh ke WCHKL untuk kes bukan kecemasan.
6 Comment for "Bila Anak Demam Mak Terus Jadi Supermak "
Iye bila anak demam kita lah yang terpaling letih. Tak lena tidur malam kejap kejap check suhu badan, kejap kejap tekap.
Bebudak ni pun susah makan ubat masa kecik. Kena guna cara ganas. Hehehe
Mak memang sentiasa SUPERMOM!
Zaaassss!
mugo cepat sembuh tuuh.,
semoga cepat2 sembuh ya
pengorbanan ibu yg tak terbalas
mak mana la tak risau kan kalau anak sakit. semoga cepat sihat ye naura
Harapnya Naura dah sembuh dari demam. Anak kedua saya pun sukar betul nak makan ubat. Bila berkeperluan, memang kena paksa juga. Supermom akan menggunakan magic power nak suruh dia makan ubat iaitu ibu bagitahu ayah! Hehehehe, padahal ibu lioness berbanding ayah. #taktik
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)