iUNIK Lime Moisture Peeling Gel
Assalamualaikum...
Ada sesiapa yang guna produk iUNIK? Korang pernah cuba iUNIK Lime Moisture Peeling Gel ni tak? Sebenarnya aku beli produk ni pun sebab aku pernah guna dan masih menggunakan iUNIK Centella Calming Gel Cream. Nanti next entri aku akan review calming gel ni.
Ingredient
Water, Glycerin, Steartrimonium Methosulfate, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Butylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Citrus Aurantifolia (Lime) Fruit Extract, Vitis Vinifera (Grape) Fruit Extract, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Fruit Extract, Pyrus Malus (Apple) Fruit Extract, Citrus Limon (Lemon) Fruit Extract, Caprylyl Glycol, Allantoin, Hydrolyzed Collagen, Polyglyceryl-4 Caprate, Centella Asiatica (Gotu Kola) Extract, Polygonum Cuspidatum (Japanese Knotweed) Root Extract, Scutellaria Baicalensis (Baikal Skullcap) Root Extract, Camellia Sinensis (Green Tea) Leaf Extract, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extract, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Ethylhexylglycerin, Dipotassium Glycyrrhizate, Lavandula Angustifolia (Lavender) Oil, Pentylene Glycol, Aspalathus Linearis (Rooibos) Extract
Review iUNIK Lime Moisture Mild Peeling Gel
- Packaging yang simple tanpa kotak.
- Fungsi gel ni untuk remove dead skin, membersihkan kulit dengan kandungan AHA semulajadi buah buahan (lime, anggur, oren, epal dan lemon)
- Clear gel dan baunya bagi aku natural bau gel dan bau lime tu tak bau sangat.
- Saiz 120ml memang tahan lama.
- Gel ni bila aku pakai kat muka aku rasa kurang puas sikit, mungkin sebab jenis gel. Selepas guna ni kulit rasa bersih dan moist. Bila nak bersihkan kena pastikan korang cuci bersih sebab hasil korang gosok gosok kat muka tu akan melekat kat bulu roma muka.
- Pertama kali aku guna gel ni, aku rasa pelik kenapa lepas cuci muka aku rasa macam ada biji biji jerawat pasir kat jawline aku. Rupanya aku tak cuci bersih.
- Peeling gel ni bagi aku sangat sesuai untuk mereka yang kulit sensitif atau pun yang ada jerawat dan ianya sangat mild peeling tapi aku prefer physical scrub untuk exfoliate dead skin kat muka aku ni.
- Harga aku beli kat shopee RM27 tidak termasuk kos penghantaran.
Repurchase? Mungkin tak kot sebab tak kena dengan citarasa aku. Nak habiskan 120ml ni pun lama juga ni. Hehe.. Teringat zaman sekolah dulu aku ada pakai peeling gel macam ni, Marvel Gel Ginvera. Kumpul duit semata mata nak beli Marvel Gel tu. Haishh..
P/S: Ramai yang balik kampung cuti CNY ye... Korang ke mana CNY ni?
Tag :
review produk
3 Comment for "iUNIK Lime Moisture Peeling Gel "
First time dengar nama produk iUNIK ni naniey. Susah jugak beli produk lepas tu kurang sesuai. Jenuh nak habiskan satu tube tu.
Saya baru nak balik kampung. Harap tak jem lah.
Cantiknya warna kuku!
Auummmm!
Dulu pakai jenama ini untuk yang moisturizer biasa tu hehe. Tapi skrg dah tukar sbb texture dia tak best!
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)