Kena Buat Ujian TFT Lagi
Assalamualaikum...
Semalam hari yang agak cergas bagi aku. Pergi check up dan memang ramai sangat baby baru lahir check up semalam dan juga ramai yang buka buku pink. Jadi semalam jam 9pagi appointment sudahnya jam 1 petang. Lama kan? Memang lama. Jadi sempat la aku melawat empat lima blog semalam sambil tunggu giliran aku dipanggil.
Check up semalam, berat naik 1kg. Ok lah sebab bulan lepas 4kg tau. Walaupun naik 1kg tetap pen merah ye sebab sepatutnya boleh naik 0.5kg je kata Kak Wan. Grr.. Check tekanan darah, ok cuma nadi tinggi, bacaan 100. Pen merah lagi check up kali ni. Lepas tu check heartbeat baby pun, Alhamdulillah ok. Bacaan heartbeat baby dalam kandungan yang normal adalah 110-160.
Bila jumpa doktor, aku dah agak dah kena buat ujian TFT sebab bacaan nadi aku tinggi. Time Naura dulu pun aku kena buat juga sebab bacaan nadi aku 100, 98, 108, 101 begitulah seterusnya. Dan kali ni juga tak terkecuali. Jadi pasrah je la bila kena buat TFT lagi. Harap harap normal je seperti sebelum ni. Doktor ada tanya aku ada rasa macam jantung laju or berdebar ke. Aku memang tak rasa jantung laju or berdebar pun, tapi bacaan tinggi. [ UJIAN TFT = UJIAN FUNGSI TIROID]
Semalam scan baby, doktor cakap normal Alhamdulillah. Doktor pun ada bagitau jantina baby juga. Tak sempat aku nak pergi scan luar lagi. Tapi aku akan buat detail scan lepas balik dari kampung. Aku tak expect pun doktor akan bagitau sebab sebelum ni masa Naura memang doktor tak bagitau pun. Mungkin masa tu klinik lama dan juga mesin scan tu pun lama. Sekarang klinik dah baru, mesin semua baru. Nanti akan repeat scan lagi 28 minggu nanti untuk check uri dan juga air ketuban.
Kesimpulannya next week, Selasa aku kena pergi klinik lagi untuk ambil darah. Abis tu bila boleh balik kampung ni ?
Oh ye, sebelum ni aku pernah cerita tentang penyakit kelenjar tiroid ni pada tahun 2010. Aku masa tu kat Uni dan kat leher aku ada satu ketulan besar sebiji bola ping pong. Perasaan aku memang malu dan rendah diri bila kat bilik. Terpaksa tutup bahagian leher dengan towel kecil. Nasib baik normal bila buat ujian darah cuma kata doktor nak cantik kena buat operation. Alhamdulillah ketulan tu dah tak de. Boleh baca kat sini - PENYAKIT KELENJAR TIROID.
P/S: Slowly aku melawat blog korang.
9 Comment for "Kena Buat Ujian TFT Lagi "
smoga dipermudahkan segala urusan
Tunggu lama itu perkara biasa naniey. Tapi bukan diri sendiri lah. kalau hantar appt parents tu dari pagi membawa ke tengahari. huhu..kena sabar tahap tinggi. Alhamdulillah keputusan baik baik je tu. Seronok tahu jantina baby awal kan dapat prepare mana yang perlu untuk baby girl atau boy :)
alhamdulillah
seronoknya nk dpt bby baru. tahniah nanie
adoiii lama betul. kena tunggu appoinment
emmm
Semoga naniey seihat2 aje sepanjang pregnant ni :)
Stay safe and healhty always..
Akak suka baca kisah- kisah org pregnant ..ye la pengalaman akak sekali je kan..hehehehe
Alhamdulillah baby sihat dalam kandungan. Seronok menanti kelahiran kan.
Semoga yang baik2 aje mendatangnya
Lamanya menunggu giliran... sampai pukul 1! Apa pun, semoga Naniey sihat-sihat sahaja sepanjang proses kehamilan hinggalah saat melahirkan nanti. Moga semuanya dipermudah Allah.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)