Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Review Appeton Lysine Untuk Tambah Berat Badan Anak

 Review Appeton Lysine Untuk Tambah Berat Badan Anak


Assalamualaikum... 

 

Ingat tak entri aku Berkesankah Appeton Lysine Untuk Tambah Berat Badan? Lama betul aku ambil masa nak review. Aku baru rasa badan sihat dan boleh menaip seperti biasa walaupun pinggang sakit kalau duk lama depan laptop ni. Respect pada preggy mom yang bekerja dan perlu menghadap alahan teruk dan juga sakit pinggang ni. Kalau aku kerja mau kena buang kerja ni. Sebab asyik tak larat je.

Review Appeton Lysine Vitamin Untuk Tambah Berat Badan Baby

Masa Naura umur 2 tahun, berat 11.5kg dan tiga bulan kemudian pun berat sama juga 11.5kg tapi tinggi bertambah. Sebelum check up 2 tahun 6 bulan bulan November, aku bagi Appeton Lysine ni sebab nak bagi berat naik. Bab makanan memang susah nak makan nasi lauk dan masih belum pandai nak makan nasi lauk walaupun masa baby elok je dia telan semua. Dah besar ni pandai pula memilih. Geram juga ye. 

November lepas masa check up Naura berat naik 12.5kg. Alhamdulillah kata nurse BMI cantik berbanding sebelum ni. Lega aku dengar. Appeton ni pun aku tak bagi selalu disebabkan aku tengah alahan teruk jadi bila aku larat aku letak la dalam susu dia. Sepanjang aku alahan teruk tu, Lurviey yang buatkan susu dia sebab aku memang terbaring je. Aku rasa kalau aku larat tak de alahan, berat boleh naik lagi kot. 

Di sebabkan Appeton Lysine ni berkesan untuk Naura jadi aku tak jadi nak try Himalaya Bonnisan. Kalau korang nak try Himalaya Bonnisan boleh check Review Himalaya Bonnisan sebab ramai blogger tengah review sekarang ni. 

 

P/S: Next check up 3 tahun nanti. Nurse cakap datang check up sekali dengan adik. Senang keje mommy.. 



3 Comment for "Review Appeton Lysine Untuk Tambah Berat Badan Anak "

Saya pun berkira-kira nak beli untuk anak juga

Alhamdulillah. Akhirnya berjaya juga bagi naik berat badan anak. Memang risau kalau berat tak ikut BMI terutama waktu pemeriksaan di klinik.

Alhamdulillah ada perubahan positif. Tak payah cuba produk lain dah kan. Senang kerja macam tu mommy dan baby check sekali.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top