Spagetti Prego Carbonara Tomyam
Assalamualaikum....
Hari ni tak terasa nak makan nasi tapi teringin nak makan carbonara tomyam sebab semalam tak jadi masak carbonara tomyam. Jadi carry forward craving tu ke hari ni. Dah nama tekak melayu kalau makan carbonara gitu je kurang 'kick' sebab tak pedas jadi tambah tomyam untuk naikkan rasa pedas tu. Ni cara aku yang paling malas nak masak spagetti carbonara.
SPAGETTI PREGO CARBONARA TOMYAM
Rebus spagetti hingga masak dan toskan dan dalam masa yang sama panaskan sos Prego Carbonara dan tambah sedikit air. Dah siap sos boleh letak dalam pinggan spagetti korang kemudian masukkan sedikit serbuk Seri Aji tomyam tu. Gaul rata. Siap !
Seri Aji tomyam ni aku beli untuk buat kerabu kaki ayam. Aku tak guna buat tomyam sebab tak sedap pun buat tomyam buat guna serbuk seri aji ni. Selain buat makan kerabu kaki ayam, aku guna untuk buat spagetti carbonara ni je.
P/S: Banyak lagi blog aku tak sampai ni nak ucap tahun baru..
5 Comment for "Spagetti Prego Carbonara Tomyam"
Wahh tak pernah terfikir untuk tambahkan tomyam dalam menu carbonara. Boleh try nanti ni! Thanks for the idea awak!!
wah mesti sedap ada rasa masam2 tomyam
https://www.mamapipie.com/2021/12/20-top-commentor-tahun-2021-blog.html
antara menu yang saya suka....spagetti
Creamy pedas-pedas, masam-masam … uishhh sedap tu!
Akak tak pernah cuba lagi pek tomyam Seri Aji.
Menarik olahan spaghetti carbonara ditaburkan serbuk tomyam. Saya ingatkan carbonara campur dengan kuah tomyam. Curious nak tahu rasanya tu.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)