Adik Positive Covid
Assalamualaikum...
Paling menakutkan bila dengar berita positive Covid dalam kalangan keluarga terdekat. Kali ni adik aku, Nana pula yang kena. Kluster sekolah. Beberapa hari disahkan positive Covid ramai anak murid sekolah Nana mengajar tu positive. Tup tup Nana pun positive. Ingatkan badan lenguh kesan cucuk vaksin kancing gigi rupanya positive covid .
Selepas disahkan positive, kena kuarantin kat rumah je. So aku tanya Nana macam mana keadaan dia sebab di mengandung. Risau juga aku. Dia cakap ok je. Oksigen level ok je, cuma heart beat tinggi. Aku tanya dia berapa tinggi tu. Terkejut aku bila dia cakap 130. Tu tak normal sangat dah. Aku cakap better pergi hospital. Diam menyepi, 2 jam kemudian Nana update kat whatsapp group kena warded dan drip.
Bila nak habis cucuk ni kata Nana, sebab sakit nak cucuk ni. |
4 hari kemudian dah boleh discharge dan sambung kuarantin kat rumah. Nana cakap ramai yang warded hari tu yang kategori 1 dan 2 boleh discharge sambung kat rumah je. Di sebabkan Nana pregnant, doktor bekalkan ubat cair darah ni. Kena cucuk la jawabnya.
Semoga yang positive covid ni cepat sembuh. Omicron ni merebak macam zombie aku rasa. Sekejap je kes naik. Walaupun gejalanya ringan tapi tetap kena berhati hati. Kadang tu kita dah extra care pun terkena juga. Semoga Allah melindungi kita semua daripada wabak Covid 19 ni.
P/S: Teringat cucuk cair darah lepas Czer 3 tahun lepas. Sampai lebam peha.
9 Comment for "Adik Positive Covid "
Semoga urusan adik Naniey dipermudahkan. Aamiin. Takut jugak dengar sekarang ni kes naik cepat. Semoga kita dijauhkan hendaknya. Take care Naniey.
Allah..
semoga adik cepat sembuh tanpa meninggalkan kesakitan
Mudah2an cepat sembuhnya
semoga lekas sembuh buat adik naniey
Allahu..semoga cepat sembuh ya, Aamin.. Risau kluster-kluster ni, moga dipermudahkan urusan kita semua
Kawan- kawan office akak pun ramai yang positive ni...
smoga cpt baik
Semoga cepat sembuh ya
Allahuakbar, sana sini +ve. Family saya pun ramai dah +ve. Kuarantin kendiri dan ada yang dah habis kuarantin. Tentu risau bila dijangkiti ni. Semoga semua yang dijangkiti terus kuat melawan virus dan kembali sihat. Aaminn...
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)