Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Apam Balik Aba Eee Danau Kota


Apam Balik Aba Eee Danau Kota

 

Assalamualaikum... 

Hari ni follow Lurviey pergi Maybank nak sign document (duk dalam kereta je) tapi bila sampai bank tak dapat settle urusan sebab premis kena sanitize ada staff positive covid. Terpaksa la settle Isnin ni. Lurviey pun drive menghala Taman Setapak Indah tengok gerai tepi jalan kot kot ada yang berkenan di hati nak beli. Tak tahu nak beli apa sebab tekak teringin shawarma. 

 

Singgah kat Apam Balik Aba Eee beli papam (apam) Naura je. Apam kelapa goreng ni biasa Lurviey beli yang warna coklat sebab Naura suka coklat. Lurviey cakap rasa apam ni macam kuih dorayaki. Ada rasa lemak lemak manis gitu. Aku tak pernah rasa apam yang ni tapi kalau apam balik biasa dia memang sedap !


Macam macam warna ada. Tak silap aku ada 4 perasa, coklat, jagung, original dan pandan. 


Ni la rupa bentuk papam kesukaan Naura. RM1 dapat 3 ketul apam ni. Tak habis seketul tu pun dia makan but at least dia makan aku dah happy sangat dah. Baik dari demam ni susah sangat dia nak makan. Asyik minum susu je. Haishhh... 

Sedar tak sedar banyak juga gerai yang aku dah cuba area Taman Setapak Indah Danau Kota. 

 

P/S: Berdebarnya rasa dah nak hujung bulan ni. Nak masuk bulan 3 dah... 



Tag : food
6 Comment for "Apam Balik Aba Eee Danau Kota"

Comel jew bentuk papam tu eeee...

Aduhaiii..tak best kalau macam ni bila urusan tak settle. Nak buat macamana kan terpaksa akur datang semula Isnin.

Tak pernah jumpa lagi apam macam ni. Okaylah tu jadi fav Naura. Bagus juga dia selera makan.

wak pun sukak apam balik,. nyyum2

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top