Mencuba Lamb Chop Di Andan's Cafe
Assalamualaikum...
Semalam teringin makan kambing, so mari lah mencari Lamb Chop. Dah plan awal nak beli kat Pak Uda Grill tapi tutup pula. Terus Lurviey suggest cuba di Andan's Cafe. Moh le kita cuba menu kat situ. Tapau je !
Andan's Cafe ni ada 2 cawangan dan yang kami pergi ni kat area Taman Batu Muda, berdekatan dengan SMK Taman Batu Muda dan Sky Awani. Persekitaran agak convenient bagi aku, tak semak sangat sebab masa aku pergi ni hujan renyai renyai lagi ni. Aku rasa kalau tak hujan mungkin pack sikit kot but still selesa. Cuma parking tu kalau datang waktu tengah ramai orang memang susah nak parking.
Lamb Chop ni harganya RM11.90.
SEDAP TAK LAMB CHOP & CHICKEN CHOP DI ANDAN'S CAFE
Bagi aku portion dan saiz yang ditawarkan sangat berbaloi dengan harga. Alhamdulillah. Mashed potato tu Lurviey cakap sedap. Aku tak sentuh sebab kentang kan karbo jadi aku tak berani memandangkan nak buat BSP. Daging kambing pun banyak. Memang puas hati aku balun semalam sorang sorang sekali hadap je [Bagi sikit kat Lurviey untuk rasa je 😁] Chicken chop tu pun sedap juga bagi aku. Cuma agak kurang berpuas hati sikit tang black pepper sauce tu. Macam ada something kurang dan aku rasa macam manis sikit sosnya. Kalau tak memang perfect 10 bintang.
Repeat lagi tak? InshaAllah boleh repeat. Nak repeat try yang lain pula. Mungkin nak try Italian food pula.
Andan's Cafe
P/S: Mana berat tak naik makan macam apa kan. Tapi Kak Wan bagitau berat naik now ok je tapi disebabkan yang 1st trimester dulu naik banyak tu yang lari daripada berat sepatutnya.
9 Comment for "Mencuba Lamb Chop Di Andan's Cafe"
western food yang mampu makan la so far...
Ok je dari awal buka mmg ke situ je kami hahaha..
dulu lagi murah harga nya, skrg dah naik sikit...
but still ok je...
Ha cuba western yang kat hujung sebelah sana tu yang kat pdang tu..
yang tu pricey sket walau warung je pun..
Murah murah
sedapp tak
nampak potion byk juga tu. sedap pun sedap tu
Portion macam ni bagus... just nice
Murah dan berbaloi. Nampak sedap!
fav lamb chop
Terliur saya tengok ni.... lagilah si lamb chop yang memikat tu!
Harga boleh tahan murah. Kan bagus kalau sos blackpepper tu menepati selera. Manis ni kurang laju sikit nak makan. Tapi boleh sangat nak repeat order sebab murah dan portion pun okay kan.
Harga agak murah jika nak dibandingkan dengan kebanyakan tempat lain.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)