Nak Ambil Sarjana Muda Kaunseling UM
Assalamualaikum...
Memandangkan ada yang mencari kursus Sarjana Muda Kaunseling UM ni saje nak throwback semula. Walaupun aku tak professionally practice dalam bidang ni tapi masih menebal juga dalam hati untuk berada dalam setting ni cuma tu la aku tak apply lesen pun lepas grad dulu. Sebenarnya niat nak sambung dalam Clinical Psychology lepas degree tapi tu la dah la tak de lesen, practice pun tak, lepas tu kerja pun dalam bidang lain, eh ada hati pula nak masuk clinical setting. 😂
Gambar 12 tahun lepas, sebelum praktikum |
Dalam keadaan sekarang, di tambah dengan pandemik ni, lagi ramai mereka yang ada background counseling dan juga clinical psychology diperlukan . Tau je la dalam keadaan sekarang tahap kesihatan mental individu ada yang terjejas. Bila terjejas, kualiti hidup pun macam tak de nilai dan mengakibatkan mereka ambil jalan singkat dengan bunuh diri.
Untuk adik adik yang berminat nak sambung bidang kaunseling ni boleh je apply mana mana Universiti tapi kalau korang nak jadi kaunselor sekolah kena apply under pendidikan la. Kalau UM setting bukan di sekolah dan biasanya lebih kepada IPT, hospital, PDRM, JPA macam tu.
Lepas tu biasanya korang akan dipanggil untuk temuduga. Jawab je la apa yang penemuduga tanya dan biasanya soalan wajib tu 'kenapa pilih bidang kaunseling' dan kemudian lebih kepada soalan untuk melihat confident level korang jawab soalan tu.
Macam aku dulu memang aku tak nak pun bidang ni, dan masa temuduga tu aku siap jawab merapu je eh sekali rezeki pula dapat masuk UM.
Best ke tak? Korang boleh baca kat bawah ni sebab kat entri tu lebih detail aku jelaskan. 👇👇👇
PROGRAM KAUNSELING UNIVERSITI MALAYA.
Ada yang jadi kaunselor ke?
Ada, mostly setting di IPT dan hospital. Ada juga yang jadi polis, fitness instructor, bisneswoman, buka cafe, pegawai PTPTN, pegawai kastam dan domestic manager. Hehe. Surirumah la tu (domestic manager). Ikut rezeki masing masing.
Good luck buat adik adik yang ambil counseling course tak kira Universiti apapun. Jangan terkejut kalau ada member member takut dengan budak belajar psikologi ni sebab dorang fikir budak psikologi ni boleh baca orang. Lol..
P/S: Kalau tanya aku nak sambung belajar tak? Memang nak sambung tapi lebih kepada pengurusan untuk urus hal ehwal bisnes sekarang ni je. Tapi tu la belum boleh nak apply mana mana lagi.
8 Comment for "Nak Ambil Sarjana Muda Kaunseling UM "
Semoga ada rezeki Nanie nak sambung degree nanti ya..
zaman sek dlu mmg minat btul ngan psikologi ni tp abs spm, lain plak yg dipohon hahaha... Suka tgk org bagi kaunseling tapi kadnag pk blk, isshh nasib la x aply dulu sbb baru sedar diri sendiri takde bakat jd kaunselor hahaha
kos yang berat dan agak payah gak ni. Tapi kalau minat, tak salah mencuba kan.
Kadang2 tak fikir apa kos yang dapat
Asalkan layak jadi graduat
psikologi?
Naniey jangan ajar aunty psikologi tau...
Kalau kalau dia pandai.... macam2 uncle kantoi...!
Hahahaha
waduhh gmbr anak dara sunti jeliterrr semua tuuuh., ;p
Okay terhibur bab pelajar boleh baca fikiran orang. Mesti kak naniey boleh detect sikit sikit kan kalau orang depress ke apa ke
semoga ada rezeki sambung studies lepas bersalin nanti ye
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)