Nasi Lemak Ujang Corner
Assalamualaikum...
Hari ni hidung dah tak berair tapi badan lemau dan tak larat. Breakfast pun Lurviey yang masak sebab aku memang tak larat nak masak ditambah dengan sakit pinggang, sakit bawah perut ni. Aku teringin Nasi Arab Afghan Hadramawt kat M3 Mall tapi kesian pula Lurviey nak ke sana sorang diri. Aku memang tak larat nak temankan. Lagi pun weekend memang susah nak parking area M3 Mall tu. Jadi aku bagitau Lurviey beli Nasi Lemak Ujang je la.
Kredit: FB Nasi Lemak Ujang Corner |
Nasi Lemak Ujang ni memang famous dan sangat sedap. Aku makan ni pun lepas kahwin dengan Lurviey. Lurviey bagitau Nasi Lemak Ujang ni dah lama dah wujud dan memang sedap dari dulu sampai sekarang. Sebelum zaman Covid ni pukul 1-2 pagi pun masih ramai yang beratur beli nasi lemak ni. So korang boleh bayangkan tak kesedapan dia tu.
Kredit: FB Nasi Lemak Ujang Corner |
Lauk untuk makan bersama nasi lemak ni pun banyak pilihan dan semuanya sedap. Kadang tak tahu lauk apa nak makan sebab semua yang korang tengok tu sedap. Harga bagi aku murah dan portion sangat banyak (lagi lagi kalau korang tapau - Lurviey biasa tapau kat Greenwood dan memang banyak portion berbanding tapau di cawangan Selayang, LOL )
Senarai harga Nasi Lemak Ujang Corner
Nasi lemak sambal sotong memang menjadi pilihan Lurviey setiap kali beli nasi lemak ni. Aku tak suka sotong macam ni. Suka sotong sekor sekor tu. Aku biasanya beli nasi lemak ayam rendang dengan telur mata atau nasi lemak sambal paru. Memang kenyang sangat sangat.
Nasi lemak tersedap di Gombak.
- Medan Selera Taman Greenwood, Gombak
- Bandar Baru Selayang
- Uptown Kota Damansara
- Isnin - 3pm-10pm
- Selasa - Sabtu 8am-10pm
- Ahad 8am-3pm
13 Comment for "Nasi Lemak Ujang Corner Medan Selera Taman Greenwood Gombak "
Banyaknya jenis lauk!
Memang rambang mata dibuatnya. Harganya pun murah.
Moga dilimpahkan rezeki buat peniaga nasi lemak ni. Patutlah sampai pukul 1-2 pagi orang masih nak beli. Kita yang tengok gambar ini pun rasa terliur!
nampak macam sedap. semua nak beli haha
Banyak pilihan lauk sambal nasi lemak dia. portion dan harga boleh tahan jugak. Alas daun pisang pulak tu kan. Berbaloi beli kalau sedap.
blh try nanti, bila ke Gombak
semoga cepat sembuh ye Nani
Pebret nasi lemak ni.. Mmg slalu order thru food panda je heehe..
Meriah betul nasi lemaknya. Ada banyak jenis lauk pulak tu. Terliur tengok. Dahlah lama kita tak makan nasi lemak😅.
Btw,get well soon yer Nani😊💕.
ya Allah, terliurnya tengok semua menu :D
mcm nk pengsan rasa tengok semua lauk2 tu. kalau sis ni, mau berjam2 dok melangut dulu sbb tak tahu nk amik lauk mana hehe
Harga dia nit bad jugak kan?
Yumms nampak menarik semuanya.
Rambang mata nak pilih ni.
Macam2 pilihan lauk ada
Harga pun nampak okay
tu dia lauk berperiuk2 mcm nasi lemak antarabangsa kg baru. nampak sedap boleh cuba nanti
sedap...lama tk singgah makan
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)