Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Pengalaman Ngeri Balik Kampung Dan Banjir Di Kelantan

 Pengalaman Ngeri Balik Kampung Dan Banjir Di Kelantan

 

Assalamualaikum... 

Aku gerak balik Kelantan hari Selasa pagi. Dalam perjalanan hingga ke Gua Musang, Alhamdulillah cuaca panas dan cantik. Selepas Gua Musang, masuk kat Dabong hujan terlalu lebat sehingga penglihatan terhad. Sumpah takut sangat sebab mata memang betul betul kena fokus tengok line putih jalan raya. Nak berhenti kat tepi pun tak sesuai disebabkan parit dan juga gaung. Jadi terpaksa la merangkak meneruskan perjalanan. Dah nak sampai Kuala Krai, Alhamdulillah hujan renyai sahaja dan sampai Pasir Puteh dah tak hujan. 

Kali ni balik kampung agar mencabar dengan kereta hampir dilanggar dari arah bertentangan di sebabkan "main kat corner macam litar Sepang". Geram pula aku. Sikit je lagi nak berlanggar. Alhamdulillah, Allah selamatkan. 


Sampai kampung, malam tu hujan lebat sampai ke pagi. Lepas tu renyai renyai sebelum lebat kembali hingga tengahari tadi. Nak keluar cari barang basah kat bandar pun tak boleh sebab ada kawasan dah dinaiki air. 

Hari ni sebelum Zohor tadi hujan mulai reda dan terus ajak Lurviey keluar cari barang dapur. Dalam perjalanan memang nampak air naik tinggi dan area dalam bandar Pasir Puteh memang ada tempat yang naik air. Nasib baik ada satu jalan alternatif nak ke Bandar Baru untuk beli stok makanan. Semua dah habis kat rumah ni. Lapor gila rasa. Bayangkan kawasan yang terputus bekalan makanan. 

Esok pagi, nak keluar cari lauk ayam sebab tadi tak sempat beli ayam sebab dah habis. Ikutkan lusa nak balik KL sebab Rabu ada appointment kat HKL. Tengok dulu keadaan esok macam mana. Tak berani juga nak balik kalau ada kawasan air belum surut dan juga masih hujan. Serik ! Pengalaman ngeri bagi aku. 

 

P/S: Line internet sangat teruk kat kampung kali ni. Tak tahu kenapa.

 

 

Tag : emovere
4 Comment for "Pengalaman Ngeri Balik Kampung Dan Banjir Di Kelantan"

Risau kalau perjalanan dalam hujan ni. Kita dah cukup berhati hati, orang lain pulak ambil mudah.
Semoga Allah permudahkan segala urusan naniey sekeluarga. Aaamin...
Jaga diri.

Salam kenal. Ngeri jugak baca part nyaris kena langgar tu, kadang2 kita dah berhati-hati bawak kenderaan tapi orang lain pulak yang cuai.

Moga banjir kali ini dalam keadaan terkawal. Rasa seriau terkenang peristiwa banjir Disember 2021.

Tak dapat bayangkan kawasan yang putus makanan tu. Saya tidak pernah berpengalaman dengan banjir. Tapi tengok situasi sekarang ini kita semua dah kena siapkan diri

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top