Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Renew SSM Online Murah

 Renew SSM Online Murah

 

Assalamualaikum... 

Last aku menapak ke Menara Sentral untuk renew SSM aku tahun 2019. Senang sebab aku duk kat Pantai Baharu dan naik LRT Kerinchi terus ke KL Sentral dan jalan kaki terus ke Menara Sentral untuk renew SSM. Kalau pergi dengan Lurviey memang susah nak parking kereta. Leceh sebenarnya nak renew kat kaunter ni sebab makan masa. Nak buat kat kiosk pun bukan semua tempat ada. 

Masuk tahun 2020, memang susah la aku nak renew SSM kat kaunter sebab ada Naura dan aku tak duduk kat Pantai Baharu lagi. Nak renew online memang tak de kecuali dengan entiti atau orang perseorangan yang buat servis renew SSM ni tapi harganya boleh tahan mahal. Total nak renew setahun pun dalam RM120. Bapak mahal sedangkan harga untuk renew RM60 dan maklumat perniagaan RM10 sahaja. Agak mahal bagi aku, tapi aku jumpa yang murah.


 

RENEW SSM ONLINE MURAH 2022

 

Aku pun tak tahu macam mana Lurviey jumpa En Redzuan Farhan ni di facebook dan start dari tahun 2020 hingga tahun ni aku masih menggunakan khidmat yang sama. Harga pun masih sama. Jimat masa dan tenaga. Hanya extra RM5 untuk upah je. Tu pun sangat murah dia charge tau. Orang lain charge sampai puluh puluh hinggit. Total aku kena bayar RM75 sahaja tau. 😊 . Sekejap je dah siap. Bagi detail, then bayar lepas tu siap ! Soft copy korang akan dapat dan print la sendiri.

Korang nak renew SSM boleh whatsapp En Redzuan Farhan  - 011 1991 8195. 

Dah 9 tahun dah usia perniagaan pun. Macam macam dah hadap dengan macam macam perangai manusia. Ada yang nak saman menyaman pun ada. Ada yang order barang lepas tu lenyap entah ke mana pun ada. Yang menipu lepas tu yang kaki maki pun semua ada. Haish. Macam macam ragam manusia. Yang menipu semata mata untuk dapatkan bantuan zakat pun ada. Tak pe lah itu urusan dia dengan Allah. Menjawab la nanti.

 P/S: Benda yang mudah kenapa nak rumitkan. Ada yang murah kenapa pilih yang mahal.



3 Comment for "Renew SSM Online Murah"

Senang bayar ada orang uruskan. Dulu kena pergi kaunter baru boleh settle. Sekarang dah mudah boleh buat online je. Pernah lewat renew SSM. pastu ada extra charge denda.

Ada jalan mudah memang berbaloi dan senang!

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top