Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Review Result TFT, Ada Protein Dalam Urine Dan BSP Sangkut

Review Result TFT, Ada Protein Dalam Urine Dan BSP Sangkut


Assalamualaikum....

Check up hari rabu sampai awal KK dan tiada drama air mata seperti biasa. Pagi pagi dah brainwash Naura supaya 'dia ikut daddy, mommy check baby. Dah siap check baby, datang ambil mommy'. Dari rumah sampai dengan KK aku cakap kat dia. Nasib baik dia jawab ok je.  Di samping tu aku janji dengan dia nak gantikan stroller mainan baby dia yang dah hancur kat rumah tu. 

Hari sampai awal, tapi lupa nak ambil result TFT sedangkan buku dah masuk kat bilik darah dah. Nasib baik aku ingat sebab nak doktor review result hari ni. HB aku, Alhamdulillah masih cantik cuma urine ada sedikit protein. Risau pula aku sebab ni kali pertama result urine ada protein sikit dalam urine.. Masa check up tu Kak Wan (nurse) tanya aku 'kurang minum air ye'? Memang ye juga aku kurang sangat minum air dan kurang bergerak disebabkan sakit kat tulang punggung dan pinggang. Berat naik 2kg. Hadoiii... 

Jumpa doktor, review result TFT, normal. Alhamdulillah. BSP pagi tinggi sikit (5.6) kata doktor dan  doktor suruh repeat BSP dalam masa terdekat dan review lagi sekali. Kalau pagi masih tinggi kena on ubat. Semoga tak sangkut BSP aku next week. BP normal walaupun heart rate tinggi (100+). Urine doktor tak komen pula dan aku pun lupa nak tanya doktor pasal urine tu. 

Settle jumpa doktor, aku jumpa Kak Wan balik sebab nak cucuk vaksin kancing gigi. VAKSIN LAGI YE ! Vaksin kancing gigi ni bila cucuk memang terus rasa lenguh. Masuk je vaksin tu dalam badan memang on the spot lengan aku sakit dan lenguh. Dulu pun sama juga. 

Doakan semoga BSP aku tak sangkut waktu pagi next week. Tu la beberapa minggu ni pun breakfast lewat, makan pun lewat dan tak teratur. Lepas jam 6 petang pun minum milo lagi sebab teringin sangat nak minum air panas panas gitu. 

 

P/S:  Aku sedih bila dapat tahu hospital bersalin untuk KKIA adalah Hospital Selayang. Ala aku nak HKL.


8 Comment for "Review Result TFT, Ada Protein Dalam Urine Dan BSP Sangkut"

hehehhee kenape x moh selayang?? selayang dah padat eh?

hospital selayang susah parking! tak suka!

Semoga dipermudahkan semua urusan Naniey ya. Take care..

Take care naniey. Semoga Allah permudahkan segala urusan naniey. Aaaminn...

take care Naniey...semoga dipermudahkan....

Ohh memang ditetapkan ke Hosp Selayang ye? Tak boleh pilih?

Semoga dipermudahkan urusan. Jaga diri tau

Mendengar issue kesihatan ini. Saya risauu! Semoga kak naniey dikurniakan kesihatan yang baik. Amin!

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top